Kalau diikutkan pada informasi dari website JPA ini, dikatakan yg pekeliling SBPA akan dikeluarkan pada hari ini, tapi aku check pagi tadi, masih takde lagi pekeliling itu. Mungkin, esok lusa kot. Takpe. Kita bersabar ya. Lagipun lambat lagi kot kita nak jadi penjawat awam ni.hehe
So, seperti yang kita tahu, Dewan Rakyat telah pun meluluskan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 yg meliputi Gaji Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yg menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM). Mula-mula aku tak berapa faham gop pasal SBPA ni, sebab kalau nak ikutkan details yg ada dalam SSM tampak lagi mudah daripada SBPA ni, tapi setelah menyelam dalam, usha website CUEPACS, barulah aku faham. Ni antara maklumat berkaitan dengan SBPA baru yang telah dilaksanakan menerusi Belanjawan 2012.
1. EXIT POLICY
Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti . Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan "PERKS" yang lumayan.
Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.
Dan dari apa yg aku faham, pada mulanya skim EXIT POLICY ini tak terdapat pun dalam SBPA yg dibentangkan dalam Belanjawan 2012, tapi setelah didesak, di-semakkan, dikusutkan oleh seorang ahli pembangkang yg terlalu sangat nak ikut polisi kerajaan China, jadi skim ini akhirnya dimasukkan. tapi positifnya, buat apa perlukan pekerja yg tak mampu bekerja?
2. Pengredan Semula Jawatan
Lapisan gred akan diwujudkan.
-Premier (BARU)
-Jusa
-Pengurusan Tinggi
-Pengurusan dan Profesional
-Pelaksana(BARU)
Gred Premier dan Pelaksana merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.
3. Penilaian Markah Penjawat Awam
Untuk sistem SBPA yg baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam.
-Markah 95% keatas- kenaikan gaji adalah 15%
-Markah 85%-95%- kenaikan gaji adalah 8%
-Markah 75%- tiada kenaikan
-Markah 70%- disyorkan tamat perkhidmatan
Orang kata SBPA ni macam perangkap samar, korang rasa? Tapi standard lah bro, takkanlah nak hidup senang dengan cara senang je kot.