Jumaat, 9 September 2011, hari terakhir aku ber-SBE untuk semester ni. Bila aku pulang dari sekolah, aku tengok tiada siapa di rumah. Macam biasa aku panjat pagar rumah dan aku masuk ikut jendela bilik aku. Aku tak hubungi pun bapak aku coz aku ingat mungkin dia keluar makan dengan mak. 10 minit lepas tu, bapak aku balik. Dia kata mak ada kat Unit Kecemasan sekarang. Jangan ditanya macam mana perasaan aku masatu. Aku nak sangat pergi ke hospital waktu tu tengok mak aku, tapi bapak suruh duduk di rumah tunggu Atul (adik bongsu aku) pulang dari sekolah. Dalam pukul 2 petang, aku dan adik pergi ke hospital. Tengok mak aku. Bapak aku cakap mak ada dalam unit kecemasan dan aku terus masuk ke situ. Aku mintak kebenaran doktor yang bertugas waktu tu. Mak terbaring kat atas katil. Berbaju kurung kuning. Aku kejut mak aku. Perkataan pertama yang keluar dari mulut dia, "ijan". Sayu sangat aku waktu itu. Mak tercungap-cungap bila nak bercakap waktu tu. Cuba kau teka apa yang mak aku nak cakap waktu tu? Dia sibukkan pasal kuih raya yang dia dah reserve-kan untuk aku. Cuba kau bayangkan, saat2 di sakit masa tu, saat2 dia tercungap2 waktu tu, mak sibukkan pasal aku. Mak langsung tak kisah pasal diri mak. Mak suruh aku bawak balik kuih raya yang dia simpankan untuk aku. Aku tak tahu macam mana, tapi bila aku menjawab soalan mak, aku macam tengah menangis. Aku cakap kat mak, aku tak nak balik hari tu, aku nak balik keesokkan harinya. tapi mak suruh balik hari tu jugak. Mak cakap kesian kat member aku tu kena balik sorang2. Aku cium tangan mak, aku cium dahi mak. Kemudian aku mintak kebenaran dari mak aku nak balik dulu. Dan aku cium tangan mak sekali lagi dan aku cium dahinya sekali lagi, begitu jugak dengan Atul. Kemudian aku jumpa bapak aku, aku pesan pada dia supaya beritahu aku pasal keadaan mak nanti. Dan sebelum tu, doktor betugas di Unit Kecemasan, memberitahu aku yang mak kekurangan air dalam badan. Dan dalam pukul 3, aku pun bergerak ke Kuantan bersama dengan Ammar. Pertama kali dalam hidup aku, kepulangan aku tak ditemani oleh sesiapa. Tidak ada mak ataupun bapak yang melambai pemergian aku.
Sabtu, 10 September 2011, angah memberitahu aku yang mak telah di hantar ke Hospital Sultan Ismail kerana facilities di hospital tu yang lebih lengkap. dan malam tu, aku hubungi angah untuk bercakap dengan mak. Perkataan pertama yang keluar dari mulut mak,"ijan?". Aku ingat lagi dan aku takkan lupakan suara tu sampai bila-bila. Saat tu jugak, aku dapat dengar mak masih tercungap-cungap lagi. Dan kemudian aku dengar suara angah. Angah cakap yang mak takleh cakap sangat sebab mak tercungap-cungap dan mak guna alat bantuan pernafasan. Hanya satu perkataan je yang aku dengar dari mak, tapi aku bersyukur. Malam tu, aku hanya mampu berdoa.
Ahad, 11 September 2011, angah beritahu yang mak terpaksa di masukkan ke dalam ICU. Tetapi bapak dan along tak maklumkan pada aku pasal benda ni sebab mereka tak nak aku risau.
Isnin, 12 September 2011, aku hubungi bapak pada petang tu. Aku tanya bapak macam mana dengan keadaan mak. Tapi bapak tak jawab. Aku dapat dengar bapak macam tengh menangis. Bapak mintak aku balik malam tu jugak. Bila aku tanya lagi macam mana dengan keadaan mak, bapak masih tak menjawab. Dia mintak sangat aku balik malam tu jugak. Akut terus peegi cari tiket kat bandar Pengkalan Chepa, tapi kaunter semua dah tutup. Dalam pukul 7, angah call. Dia menangis-nangis. Dia cakap mak kritikal. Semalam malam, tekanan darah mak menurun secara mendadak. Angah mintak aku balik malam tu jugak. Selepas buka puasa, aku terus ke stesen bas transnasional di Parkson. Hurm. Bas ke kota tinggi dan johor, baru je bertolak. Aku pergi pula ke stesen bas tesco. Alhamdulillah. Ada satu bas ke johor yang akan bertolak dalam masa 10 minit. Dalam bas, macam-macam perkara yang aku fikirkan. Astafirullah....
Selasa, 13 September 2011, bapak jemput aku kat terminal bas Larkin. katanya, bapak berada di hospital sepanjang malam. Aku dibawa pulang ke rumah. Dalam pukul 11 tengah hari, aku ikut bapak aku ke hospital. 30 minit perjalanan. Sampai je di ruang legar ICU, aku jumpa abang sarip. Dia langsung tak bercakap dengan aku. Aku masuk dalam ICU bersama bapak aku, dan untuk pengetahuan kau, cuma dua orang pelawat je dibenarkan masuk pada satu2 masa. Aku masuk. Aku tengok mak. Allahu Akbar! Aku tak percaya dengan apa yang aku nampak. Mak terbaring kat atas katil. Dan berpuluh tiup disambungkan pada mak. Di kepala, hidung,mulut, dada, kedua-dua tangan mak dan kaki mak. Bapak cakap doktor dah bagi ubat tidur pada mak dari Ahad lagi. Aku pegang tangan mak, aku usap tangan mak. Ya Allah, begitu kesian sekali aku tengok mak, aku tengok muka mak. Aku dapat rasakan bawah mata aku panas waktu aku. Kemudian bapak ajak aku keluar sebab katanya adaik-beradik aku yang lain nak tengok mak. Setengah jam kemudian, aku masuk lagi. Aku masuk dengan along aku. Aku memerhatikan je mak waktu tu. Aku pegang tangan mak, aku pegang jari2 mak. Aku dapat rasakan yang jari2 mak masa tu sangat2 keras. Along beritahu jari mak keras sebab mak dah lama tak tangan. Along tunjukkan jari2 mak sebelah kiri. Setiap jari ada bekas suntikan. Ya Allah...Kemudian aku lihat along bercakap2 dengan mak. Walaupun mak tengah tidur, tapi kami percaya, mak masih mampu dengar. Kemudian, aku cium dahi mak, aku cium tangan mak. Aku berbisik pada mak, aku berjanji yang aku akan melawat mak lagi pada waktu melawat petang nati. "Ijan sayang mak". Aku menemani along ke kafetaria. Along beritahu yang adik aku, Pipi, akan balik hari ini dari Sarawak dan along beritahu jugak, sudah 3 hari adik aku, Atul tak dapat melawat mak sebab dia masih bawah umur lagi. Tapi along cakap, esok abang sarip akan mintak kebenaran dari ketua doktor untuk bawak atul masuk jumpa mak. Waktu melawat pada waktu petang adalah dari pukul 4.30 hingga 7 petang. Aku masuk lagi petang tu tengok mak ditemani along. Tak puas rasanya aku pegang tangan mak. Aku usap2 tangan mak, aku bermain2 dengan jari mak. Sayu aku lihat mak. Begitu seksa rasanya, bila aku hanya mampu melihat mak tanpa mendengar sebarang perkataan pun dari mulut mak.
Malam tu, aku dan adik-beradik aku sampai ke rumah dalam pukul 9 lebih. Bapak mintak aku dan abang ipar aku, abang zailan, untuk berada di hospital malam tu. Dalam pukul 11, aku dan abang zailan bertolak ke hospital. Sampai je di hospital, Abg zailan mintak kebenaran dari pengawal untuk masuk ke bahagian ICU, tetapi pengawal tersebut tak benarkan. Dia kata, pelawat cuma boleh masuk hanya apabila dihungi oleh doktor sahaja. Aku dan abg ipar aku bercadang untuk tidur di dalam kereta sahaja.
Rabu, 14 September 2011. 1.57 pagi, aku tersedar dari tidur disebabkan bunyi kol dari henfon aku. Dari bapak. Bapak suruh aku n abg iparku naik ke atas sekarang jugak. Aku pun pergi. Mintak kebenaran dari pengawal dan aku terpaksa menunggu pengawal tersebut meminta kebenaran dari pengawal di bahagian ICU. Sampai je aku dalam ICU, aku lihat ramai nurse berada di katil mak. Aku berdiri lebih kurang 5 meter dari katil mak. Doktor mintak aku duduk dulu. Dia beritahu yang tadi tekanan darah mak jatuh secara mendadak dan selebihnya aku tak dengar lagi. Aku lihat linangan air mata di muka abang ipar aku. Dia pegang bahu aku, dan aku dapat dengar dari mulut abang ipar aku yang mak dah takde. Allah Akbar!! Aku tak percaya langsung dengan apa yang aku dengar tu. Doktor benarkan aku untuk tengok mak. Aku pergi ke katil mak. Aku terduduk atas lantai. Aku masih ingat. Aku pegang tangan mak, dan aku menangis di atas tangan mak. Aku masih ingat lagi soalan2 dan apa yang aku cakapkan pada diri aku waktu tu. Aku masih tak percaya lagi dan masa tu aku masih lagi terkejut. Seminggu sebelum hari itu, aku masih ingat lagi mak masakkan aku telor masak lemak dan sambal tumbuk. Aku ingat bila aku mintak mak supaya buat banyak sikit sambal tumbuk tu. Masa aku tengah menangis tu, seorang doktor perempuan datang pada aku. Dia mintak aku supaya jangan menangis kerana ia akan menyeksa arwah mak. Aku amik surah yassin yang ada dekat dengan katil mak dan aku bacakannya. Semasa aku tengah baca, seorang nurse datang dan mintak kebenaran untuk membersihkan mak, untuk cabut tiub2 yang ada pada badan mak. Abang ipar aku benarkan dan aku pergi menunggu di hadapan pintu bilik ICU tu. 5 minit lepas tu abang sarip dan kak azliya datang. Dorang pergi ke katil mak. Aku dapat lihat, aku dapat rasa kesedihan dalam diri abang sarip. tak lama lepas tu, bapak aku sampai. Dia menangis. Pertama kali aku lihat dia menangis. kemudian angah, abang wan, abg imran, kak im dan wafiq sampai. Kemudian, dua lelaki yang bertanggungjawab dalam urusan jenazah di hospital tu, mintak kebenaran dari bapak untuk bawak ke bilik mayat. Aku iring jenazah mak. Aku tak nak tinggalkan mak sorang2. Aku teman jenazah mak masa dalam bilik mayat tu. aku pegang kaki mak yang dah ditutup dengan kain putih. Masa tu dalam pukul 3.30 pagi. Kak Im dan Abg wan sampai. Kak im memberitahu yang ustazah yang akan memandikan mak akan datang pada pukul 8. Bapak mengajak aku pulang untuk membuat persiapan di rumah. Ikutkan hati, aku tak nak balik rumah, aku tak nak tinggalkan mak. tapi aku teringat pada adik2 aku kat rumah. Aku ingat lagi. Waktu tu, hujan renyai2. Sampai je di rumah, pipi dan atul tengah baca yassin. Selepas subuh, rumah aku mula dikunjungi dengan saudara-mara aku. Pukul 10 tepat, van jenazah sampai ke rumah aku membawa mak. Aku, bapak, abang2 aku, adik aku, dan sedara-mara aku yang lain mengangkat jenazah mak masuk ke dalam rumah dan diletakkan di tengah2 ruang tamu. Kain penutup muka mak dibuka dan anak2 mak dan adik-beradik mak dibenarkan untuk mencium mak. Atul yang pertama sekali cium mak. Hiba sangat keadaan masa tu. Tapi, aku tak nak menangis. Aku tak nak menangis depan mak. Kemudian, kakak2 aku dan abang2 aku mencium mak. Aku cium dahi mak dan pipi mak. Sejuk bibir aku bila cium mak. Harum mak masa tu. Tak berbau kapur barus langsung dan aku lihat tenang muka mak masa tu. Kemudian aku sebutkan sesuatu kat telinga mak. Aku akan ingat sampai bila ayat2 tu dan aku akan jadikan ia kenyataan. Kemudian, dalam pukul 11.30 mak dimasukkan semula ke dalam van jenazah. Aku masuk sekali ke dalam van tu. Aku nak ada dengan mak. Mak dibawa ke masjid untuk disembahyangkan di sana. Selesai sahaja sembahyang, van jenazah tu membawa mak ke kubur. Di sana, aku berada di sisi mak apabila mak di masukkan ke dalam liang lahad tu. Aku ambil cangkul, dan aku timbus tanah ke dalam liang lahad tu. Selesai sahaja kubur mak ditimbus, talkin mula dibacakan dan selesai sahaja talkin, aku adik beradik dan bapak, tuangkan air bunga ke atas kubur mak.......
Aku tak percaya
Jumaat 9 September 2011, adalah kali kali terakhir aku dapat bercakap dengan mak
Sabtu 10 September 2011, adalah kali terakhir mak sebut nama aku
Selasa 13 September 2011, adalah kali terakhir aku tengok mak masih mampu bernafas
2011, 1432 adalah tahun terakhir aku beraya dengan mak
2011, 1432 adalah tahun terakhir aku beraya dengan mak
Rabu 14 September 2011, 16 Syawal 1432, 2.07 pagi
Aku akan ingat tarikh dan masa ni..
tapi apa yang pasti,
aku percaya,
semua orang akan pergi bertemu Allah,
bezanya cepat atau lambat,
begitu juga dengan aku,
dan aku percaya,
perpisahan ini hanya sementara.
aku: atul tak sedih ke?
atul: atul sedih, tapi nak wat macam mana. Allah lagi sayang mak.
Mak memang susah nak senyum bila bergambar..hehe...
Mak pergi pada umur 55 tahun dan 4 hari....
Mak pergi pada umur 55 tahun dan 4 hari....
Al-Fatihah kepada arwah mak, Misiah Binti Sabari yang telah kembali ke rahmatullah pada 16 Syawal 1432. Semoga roh mak ditempatkan di kalangan orang2 beriman, para sidiqin dan syuhada. Amin
tabah Adek, my story sama with yours yang 9 sept tu. but Abah akak pergi on the same day juga, 21oct1998.
ReplyDeletedoa semoga arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman.
elok2 ye :)
sabar ye ijan.semoga arwah mak ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh serta bersama para syuhada.be strong dear friend.it might be easily said than done,but that is the least i could do.semoga arwah dicucuri rahmat.
ReplyDeleteijan..sbar ea...smua yang hdup pasti akn pergi..kuatkn hati..kami semua ade dgn kw..ok????
ReplyDeleteu ar the best bro...
ReplyDelete