~TENTANG KAMI~

My photo
Blog ini aku lahirkan khas untuk aku dan si dia,tetapi tak bermakna yang ianya akan dipenuhi dengan ceritera kami berdua sahaja. apa yang ku rasa,apa yang ku fikir, apa yg ku nyampah, di sini aku luahkan, di sini aku muntahkan, di sini aku ludahkan. andai kata korang rasa benci, menyampah, meluat, tu bukan masalah aku. Cume jadi masalahnya bila korang tak nak angkat punggung korang dari kerusi komputer korang tu.paham kan?hehe..korang dah takut ke?jangan risau.blog ni tak seserius mana.macam2 korang boleh dapat. ~milik si hetam dan si puteh.tetapi hanya si hetam je yang meracau dalam blog ni.si puteh?dy malas kot~

Sunday 5 August 2012

Dasar Romantik 2012?

apa itu dasar romantik?
bahagia agar membahagiakan;bukan perasaan plastik..
sampai ke kubur umur di paras antik..
saat hati tak mampu menilai maksud cantik..
sifat bukan untuk lelaki tapi juga untuk berkain batik..
romantik bukan bila dia bukakan pintu kereta untuk naik..
bukan bila dia suapkan buah betik..
terpulang pada apa yang dirasa; itu romantik..













Photobucket

Monday 23 January 2012

Download CS5 extended

Assalamualikum, salam muhibah.hehe. Hari ni, dengan berbesar hatinya, aku nak mengajar korang semua cara untuk meng-download adobe photoshop CS5 dan seterusnya meng-install-nya dan meng-aktif-kannya secara sah. Tapi bagi yang ada software ni, silalah baca jugak supaya dapat menaikkan traffic aku.hehe. Okies. First of all, kita mulakan dengan Bismillah.

Step Ke-2

Korang bukak notepad korang dan copy paste nota di bawah ke dalam notepad dan save-kan dengan nama file HOSTS di desktop anda.

# Copyright (c) 1993-2009 Microsoft Corp.
#
# This is a sample HOSTS file used by Microsoft TCP/IP for Windows.
#
# This file contains the mappings of IP addresses to host names. Each
# entry should be kept on an individual line. The IP address should
# be placed in the first column followed by the corresponding host name.
# The IP address and the host name should be separated by at least one
# space.
#
# Additionally, comments (such as these) may be inserted on individual
# lines or following the machine name denoted by a '#' symbol.
#
# For example:
#
#      102.54.94.97     rhino.acme.com          # source server
#       38.25.63.10     x.acme.com              # x client host

# localhost name resolution is handled within DNS itself.
# 127.0.0.1       localhost
# ::1             localhost
127.0.0.1 activate.adobe.com
127.0.0.1 practivate.adobe.com
127.0.0.1 ereg.adobe.com
127.0.0.1 activate.wip3.adobe.com
127.0.0.1 wip3.adobe.com
127.0.0.1 3dns-3.adobe.com
127.0.0.1 3dns-2.adobe.com
127.0.0.1 adobe-dns.adobe.com
127.0.0.1 adobe-dns-2.adobe.com
127.0.0.1 adobe-dns-3.adobe.com
127.0.0.1 ereg.wip3.adobe.com
127.0.0.1 activate-sea.adobe.com
127.0.0.1 wwis-dubc1-vip60.adobe.com
127.0.0.1 activate-sjc0.adobe.com
127.0.0.1                               adobe.activate.com
127.0.0.1                               adobeereg.com                      
127.0.0.1                               www.adobeereg.com                  
127.0.0.1                               wwis-dubc1-vip60.adobe.com        
127.0.0.1                               125.252.224.90                    
127.0.0.1                               125.252.224.91
127.0.0.1                               hl2rcv.adobe.com



Kemudian, korang copy file HOSTS yg berada di desktop tu dan paste di C:\Windows\System32\drivers\etc.

Step ke-3

Korang restart computer korang dan pastikan file HOSTS yg berada di C:\Windows\System32\drivers\etc telah di-save

Step ke-4 (mendownload)

Sila ke link Adobe Photoshop untuk meng-download secara trial. owh yeah?


Window-box seperti ini akan keluar selepas beberapa saat kau menekan DOWNLOAD NOW, dan korang perlulah menekang button RUN.


Dan kemudian, korang install software ni sebagai trial dulu.(maaf, jari2ku mempunyai batas, tak boleh nak menari lama2)

Step ke-5

INGAT!! install sebagai trial. habis install, korang bukak balik Adobe Photoshop tu dan masukkan serial number ni, 1325-1558-5864-4422-1094-1126 

Dan, walah!!menjadilah adobe photosop CS5 korang. Insyallah.

Jadi tak jadi, rajin tak rajin, ringan-ringankanlah mulut kalau tak tahu. Beres??



Photobucket

Friday 16 December 2011

Takkan Melayu Hilang di Mata: Ariff Alfian Rosli

Ariff Alfian (28 tahun) cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).
Ariff mengikuti pengajian praklinikal dari 2003-2005 seterusnya klinikal (2005-2008). Sehingga 2008 masih belum menamatkan pengajian dan perlu menyambung beberapa semester lagi.Malangnya Petronas enggan menambah tajaan 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup .Ariff enggan menyambung pengajian di Malaysia kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas. Petronas pula menuntut lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.

Pada 14 Disember 2011, Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam memaklumkan bahawa Kedutaan Malaysia dan Wisma Putra tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci Ariff Alfian kerana menghormati Akta Data Perlindungan Peribadi Dublin. Ibu Pejabat Imigresen Republik Ireland tidak boleh memberi maklumat berkaitan Ariff Alfian kepada ibu bapanya kerana terikat dengan akta tersebut. Status Ariff Alfian di Dublin sah termasuk dari segi visa dan segala dokumennya juga sah. Semua sah, tiada kesalahan. Justeru, beliau dibenarkan untuk menetap di negara ini.
Sejak 2009, bapanya, Rosli Haron (56 tahun) cuba mengesan lokasi anaknya yang putus hubungan tetapi gagal. Rosli Haron menerusi akhbar Utusan Malaysia pada 13 Disember 2011 melaporkan anaknya itu hilang dan bimbangkan akidahnya. Bahagian Konsular dan Bahagian Eropah Wisma Putra telah menerima laporan kehilangan pada 2009. Rosli Haron adalah pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkhidmat selama 31 tahun.

Dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.
Malangya Ariff Alfian tidak mahu berjumpa pihak kedutaan mahupun keluarganya. Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa mahukan maklumat terperinci mengenai bekas pelajar UCD itu daripadaPetronas , masyarakat Malaysia di Dublin. Pelajar terbabit pernah pulang ke tanah air pada pertengahan 2009 untuk meneruskan pengajian di universiti tempatan.Tapi Jun 2009, dia kembali semula ke Ireland dan terus menetap di republik tersebut dengan rekod perjalanan yang sah.

Dan semalam, mamat ni semakin memanaskan nama dia dengan penemuan gambar2 dia yg menunjukkan dia telah berkahwin. berkahwin tu takpe bro. aku tak kisah pun. tapi yang kisahnya, dia berkahwin dengan teman lelakinya. yeah! THIS IS BEST BRO.
 yeah!!ini yang kita nak tengok. tapi apa pun, respect aku masih untuk kw, sebab kau tak lupa baju melayu kw , tapi maki-makian aku juga untuk kau..

wedding of the century...


so sweet....


alamak..senyum smpai ke telinga seyh..semoga berbahagia hingga ke anak cucu..tapi cam mana korang nak wat anak?


sumber:rotikaya






Photobucket

Wednesday 30 November 2011

Nisbah antara Guru dan Murid di Malaysia pada 2010

STATISTIK DARI KPM SEHINGGA 30 JUN 2010

Sekolah Rendah:     7,714
Sekolah Menengah: 2,282
Jumlah:                    9,996

Bilangan Murid(Enrolmen):
Pra Sekolah:         178, 622
Rendah:                2,860,340
Menengah:            2,327,427
Jumlah:                 5,366,389 

Bilangan Guru:

                         Lelaki                     Perempuan
Rendah             71,393                     163,261
Menengah         55,455                    121,933
Jumlah             126,848                   285,194

Sumber Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia




Jadi, secara nisbahnya seorang guru sekolah rendah akan mengajar 13 pelajar dan begitu juga dengan seorang guru sekolah menengah akan mengajar 13 pelajar.





Photobucket

Apa Itu SBPA 2012?


Kalau diikutkan pada informasi dari website JPA ini, dikatakan yg pekeliling SBPA akan dikeluarkan pada hari ini, tapi aku check pagi tadi, masih takde lagi pekeliling itu. Mungkin, esok lusa kot. Takpe. Kita bersabar ya. Lagipun lambat lagi kot kita nak jadi penjawat awam ni.hehe


So, seperti yang kita tahu, Dewan Rakyat telah pun meluluskan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 yg meliputi Gaji Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)  yg menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM). Mula-mula aku tak berapa faham gop pasal SBPA ni, sebab kalau nak ikutkan details yg ada dalam SSM tampak lagi mudah daripada SBPA ni, tapi setelah menyelam dalam, usha website CUEPACS, barulah aku faham. Ni antara maklumat berkaitan dengan SBPA baru yang telah dilaksanakan menerusi Belanjawan 2012.


1. EXIT POLICY



Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti . Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan "PERKS" yang lumayan.
Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.
Dan dari apa yg aku faham, pada mulanya skim EXIT POLICY ini tak terdapat pun dalam SBPA yg dibentangkan dalam Belanjawan 2012, tapi setelah didesak, di-semakkan, dikusutkan oleh seorang ahli pembangkang yg terlalu sangat nak ikut polisi kerajaan China, jadi skim ini akhirnya dimasukkan. tapi positifnya, buat apa perlukan pekerja yg tak mampu bekerja?

2.  Pengredan Semula Jawatan
Lapisan gred akan diwujudkan.
-Premier (BARU)
-Jusa
-Pengurusan Tinggi
-Pengurusan dan Profesional
-Pelaksana(BARU)
Gred Premier dan Pelaksana merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.

3. Penilaian Markah Penjawat Awam
Untuk sistem SBPA yg baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam.
-Markah 95% keatas- kenaikan gaji adalah 15%
-Markah 85%-95%- kenaikan gaji adalah 8%
-Markah 75%- tiada kenaikan
-Markah 70%- disyorkan tamat perkhidmatan

Orang kata SBPA ni macam perangkap samar, korang rasa? Tapi standard lah bro, takkanlah nak hidup senang dengan cara senang je kot.  


Photobucket

RIBUT DUNIA'S TEES


RIBUT DUNIA












p/s: tak jumpa lagi printing company yg boleh print dgan harga yg berpatutan. Cam mane ni bro?

Photobucket

Friday 11 November 2011

Aidiladha dah tak sama?terima je...

Aku memang saje je nak cerite lambat2 aidiladha aku tahun ni. Bukan apa, cuma aku nak buat korang tertunggu-tunggu je.Jadi disebabkan aku rasa macam kesian kat korang kan,jadi, dengan rela hati aku akan bercerita. Hari ni hari jumaat kan? Aidiladha kita ahad lepas kan? Kesian. 5 hari korang tunggu.HEHE.....


Tahun ni aku beraya kat kelantan. tak balik johor. 2 sebab kenapa aku tak balik. Mudah. Bersebab. Sebab baru minggu lepas aku balik kampung dan sebab kedua, raya gua dah tak samalah bro! Buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku tak beraya di rumah sendiri.


Pagi raya tu, untuk pertama kalinya, aku belajar untuk bangun sendiri. Sudah tak harapkan suara mak untuk kejutkan aku. Sangat2 lain.  Cuba bayangkan, 20 tahun aku sambut raya, aidilfitri dan aidiladha, setiap pagi raya tu mesti mak akan kejut aku seawal 6.00 pagi. Memang awal sesangat lah. Tapi tahun ni, Aidiladha ni, aku bangun sendiri. Memang tak biasa, tapi, nak tak nak aku kena biasakan kan? Sebab ini akan berterusan.








So, pagi tu, aku pergi ke masjid bersama denga Paliaq. Hajat di hati nak tolong bukak pintu masjid, tapi sampai2 je jemaah semua tengah sembahyang. Pergh. Awal giilers. Standard kalau tempat aku pukul 8.30 baru sembahyang, bukan pukul 8. Huish. Cultural shock ni. Apa lagi aku driftly park moto aku depan pintu tandas masjid, terus lompat masuk. Selamat. Baru rakaat pertama. Kalau tak hilang makna aidiladha aku tahun ni. Dan lepas sembahyang raya,macam biasa, khutbah. Ni lagi satu cultural shock pada aku. Tempat aku kalau khutbah raya paling lama 15 minit kot, tapi kat masjid tu 40 minutes.Osh. Tapi selamat aku ni jenis yg suka dengan benda2 yg berilmiah ni, aku menerima dengan hati yg tertutup terbuka.


Settle khutbah, aku terus cakap kat Paliaq, "cari makang jom. Aku dah lapar gilers vavis ni". Paliaq pun on-kan je. Aku pun cariklah warung dekat2 dengan rumah aku. Aduyai. Satu warung pun tak bukan. Huish. Kemonlah. Aku lapar ni. Kesian six-packs aku ni. Aku punyalah expect pagi2 raya gitu adalah mak cik2 yg jual ketupat ke, nasi himpit dengan kuah kacang ke.Pergh. Masa tu aku memang mengidam gila. Berapa bulan? 2 bulan baru.huhu. Nasi himpit+kuah kacang.


                -inilah perut aku yang tak boleh terima kenyataan-




Jawabnya, aku pulang ke rumah dengan perut yg lapars gilers vavis. Sadis gilers mases tus. Hehe. Dalam pukul 9.30, aku mesej member aku, si hafiz. "hafiz, kitorang lapar.Nak makan" Hafiz pun membalas sistem pesanan ringkas aku, "datang jelah" aku pun apa lagi, terus ajak budak ni pergi rumah hafiz. Aku punyalah ingat rumah si hafiz ni dekat. Rupa-rupanya setengah jam wok. Gilers lah.


Tapi, bak kata omputeh, "every sacrifice has a fruitful reward"..sampai2 je rumah hafiz, tak sempat aq nak park motor, mak dia terus panggil kitorang makan. Pergh. Terharu di situ ye. Nasi lemak telah siap terhidang di atas meja. Tapi yang paling aku tak boleh blah, ade nasi himpit dan kuah kacang ue!!Alhamdulillah..Berbunga-bunga hati gua masa tu..hehe..dan lagi satu yang best, first time kat kelantan aku jumpa nasi lemak yg betul2 nasi lemak. Walawei. Banyak sedap ma.....Tenga syok2 makan ue, mak hafiz suruh kitorang semua pergi tengok lembu yang nak disembelih. Terpaksa aku meninggalkan nasi lemak yang tak sabar nak masuk perut aku tu.


Apa yang aku rasa pertama kali aku tengok adalah bila pak cik tu belah perut lembu tu. Cuba kau teka apa yg ada dalam perut lembu tu masa tu?


Ada rumput tu.Rumput2 yg tak habis hadam. Haha. Agak memberi kejutan jugak lah pada aku masa tu. Selamat rumput, kalau ada baby kat dalam tu?haiyaa..


Lepas puas tengok lembu tu, kitorang masuk balik rumah hafiz. Sambung makan. dan sambung tambah nasi juga..hehe..


Bosan pulak tetiba..esok lusa lah wa sambung cerite..







Photobucket