~TENTANG KAMI~

My photo
Blog ini aku lahirkan khas untuk aku dan si dia,tetapi tak bermakna yang ianya akan dipenuhi dengan ceritera kami berdua sahaja. apa yang ku rasa,apa yang ku fikir, apa yg ku nyampah, di sini aku luahkan, di sini aku muntahkan, di sini aku ludahkan. andai kata korang rasa benci, menyampah, meluat, tu bukan masalah aku. Cume jadi masalahnya bila korang tak nak angkat punggung korang dari kerusi komputer korang tu.paham kan?hehe..korang dah takut ke?jangan risau.blog ni tak seserius mana.macam2 korang boleh dapat. ~milik si hetam dan si puteh.tetapi hanya si hetam je yang meracau dalam blog ni.si puteh?dy malas kot~

Friday, 11 November 2011

Aidiladha dah tak sama?terima je...

Aku memang saje je nak cerite lambat2 aidiladha aku tahun ni. Bukan apa, cuma aku nak buat korang tertunggu-tunggu je.Jadi disebabkan aku rasa macam kesian kat korang kan,jadi, dengan rela hati aku akan bercerita. Hari ni hari jumaat kan? Aidiladha kita ahad lepas kan? Kesian. 5 hari korang tunggu.HEHE.....


Tahun ni aku beraya kat kelantan. tak balik johor. 2 sebab kenapa aku tak balik. Mudah. Bersebab. Sebab baru minggu lepas aku balik kampung dan sebab kedua, raya gua dah tak samalah bro! Buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku tak beraya di rumah sendiri.


Pagi raya tu, untuk pertama kalinya, aku belajar untuk bangun sendiri. Sudah tak harapkan suara mak untuk kejutkan aku. Sangat2 lain.  Cuba bayangkan, 20 tahun aku sambut raya, aidilfitri dan aidiladha, setiap pagi raya tu mesti mak akan kejut aku seawal 6.00 pagi. Memang awal sesangat lah. Tapi tahun ni, Aidiladha ni, aku bangun sendiri. Memang tak biasa, tapi, nak tak nak aku kena biasakan kan? Sebab ini akan berterusan.








So, pagi tu, aku pergi ke masjid bersama denga Paliaq. Hajat di hati nak tolong bukak pintu masjid, tapi sampai2 je jemaah semua tengah sembahyang. Pergh. Awal giilers. Standard kalau tempat aku pukul 8.30 baru sembahyang, bukan pukul 8. Huish. Cultural shock ni. Apa lagi aku driftly park moto aku depan pintu tandas masjid, terus lompat masuk. Selamat. Baru rakaat pertama. Kalau tak hilang makna aidiladha aku tahun ni. Dan lepas sembahyang raya,macam biasa, khutbah. Ni lagi satu cultural shock pada aku. Tempat aku kalau khutbah raya paling lama 15 minit kot, tapi kat masjid tu 40 minutes.Osh. Tapi selamat aku ni jenis yg suka dengan benda2 yg berilmiah ni, aku menerima dengan hati yg tertutup terbuka.


Settle khutbah, aku terus cakap kat Paliaq, "cari makang jom. Aku dah lapar gilers vavis ni". Paliaq pun on-kan je. Aku pun cariklah warung dekat2 dengan rumah aku. Aduyai. Satu warung pun tak bukan. Huish. Kemonlah. Aku lapar ni. Kesian six-packs aku ni. Aku punyalah expect pagi2 raya gitu adalah mak cik2 yg jual ketupat ke, nasi himpit dengan kuah kacang ke.Pergh. Masa tu aku memang mengidam gila. Berapa bulan? 2 bulan baru.huhu. Nasi himpit+kuah kacang.


                -inilah perut aku yang tak boleh terima kenyataan-




Jawabnya, aku pulang ke rumah dengan perut yg lapars gilers vavis. Sadis gilers mases tus. Hehe. Dalam pukul 9.30, aku mesej member aku, si hafiz. "hafiz, kitorang lapar.Nak makan" Hafiz pun membalas sistem pesanan ringkas aku, "datang jelah" aku pun apa lagi, terus ajak budak ni pergi rumah hafiz. Aku punyalah ingat rumah si hafiz ni dekat. Rupa-rupanya setengah jam wok. Gilers lah.


Tapi, bak kata omputeh, "every sacrifice has a fruitful reward"..sampai2 je rumah hafiz, tak sempat aq nak park motor, mak dia terus panggil kitorang makan. Pergh. Terharu di situ ye. Nasi lemak telah siap terhidang di atas meja. Tapi yang paling aku tak boleh blah, ade nasi himpit dan kuah kacang ue!!Alhamdulillah..Berbunga-bunga hati gua masa tu..hehe..dan lagi satu yang best, first time kat kelantan aku jumpa nasi lemak yg betul2 nasi lemak. Walawei. Banyak sedap ma.....Tenga syok2 makan ue, mak hafiz suruh kitorang semua pergi tengok lembu yang nak disembelih. Terpaksa aku meninggalkan nasi lemak yang tak sabar nak masuk perut aku tu.


Apa yang aku rasa pertama kali aku tengok adalah bila pak cik tu belah perut lembu tu. Cuba kau teka apa yg ada dalam perut lembu tu masa tu?


Ada rumput tu.Rumput2 yg tak habis hadam. Haha. Agak memberi kejutan jugak lah pada aku masa tu. Selamat rumput, kalau ada baby kat dalam tu?haiyaa..


Lepas puas tengok lembu tu, kitorang masuk balik rumah hafiz. Sambung makan. dan sambung tambah nasi juga..hehe..


Bosan pulak tetiba..esok lusa lah wa sambung cerite..







Photobucket

2 comments:

  1. cis..boleh bosan tengah2 sedap cite..hahaha..

    ReplyDelete
  2. all the best bro...

    ReplyDelete