~TENTANG KAMI~

My photo
Blog ini aku lahirkan khas untuk aku dan si dia,tetapi tak bermakna yang ianya akan dipenuhi dengan ceritera kami berdua sahaja. apa yang ku rasa,apa yang ku fikir, apa yg ku nyampah, di sini aku luahkan, di sini aku muntahkan, di sini aku ludahkan. andai kata korang rasa benci, menyampah, meluat, tu bukan masalah aku. Cume jadi masalahnya bila korang tak nak angkat punggung korang dari kerusi komputer korang tu.paham kan?hehe..korang dah takut ke?jangan risau.blog ni tak seserius mana.macam2 korang boleh dapat. ~milik si hetam dan si puteh.tetapi hanya si hetam je yang meracau dalam blog ni.si puteh?dy malas kot~

Tuesday 29 March 2011

tutorial: Cipta Virus Palsu

HELLOW korang!! Sori sangat2 sebab dah lama tak update untuk tutorial. Bukan apa. Gua sibuk lah. Dengan kerja gua berlambak kat office tu, nak luangkan masa dengan orang rumah dengan anak2 aku semua tu. Memang gua rasa masa 24 jam sehari tu memang tak cukup lah.

okies. Kali ni gua nak ajar lu all semua macam mana nak cipta virus palsu. gua ulang sekali lagi VIRUS PALSU!jangan risau, benda ni tak akan effect korang. so, korang boleh cipta virus ni, dan pergi prank member2 korang. Prank je dorang macam mana HAFIQ kena prank dalam siri AMIN&HAFIQ. Hehe.OKies. Kat bawah ni adalah videonya. Sorie sangat2 kalau video ni tak clear. Nak buat macam mana bai. Gua masih dalam proses belajar lagi nie.




Copy dan paste code di bawah di NOTEPAD..

echo
@echo virus
title virus
cls
echo Do you wish to delete C:/ Drive? (y/n)
pause >nul
cls
echo Searching for C:/ drice . . .
ping localhost >nul
dir /s
dir /s
echo.
echo.
echo.
echo.
echo Deleting files . . .
ping localhost >nul
cls
echo Files deleted!
pause
exit

Lepas tu, kau follow lah video aku tu ye..Apa gunalah aku buat kalau kau tak tengok. Betol tak? Hehe.
OKIES GUYS!! Gua ucapkan selamat mem-prank member2 lu...CHAILOW!!

P/S~rase-rasenya, berape orang berani buat benda ni?sebab apa yang aku tahu, ramai yang jadi pengecut bila berkaitan dengan laptop..hehe...


Photobucket

Sunday 27 March 2011

Buncitkah gua ni?

Tadi, lepas je melantak nasi goreng kampung tanpa sayur, gua pun pergi kaunter.
Lepas tu, tetiba je PALI PANJANG panggil gua.
Gua ingat sebab dia nak puji yang gua nie nampak lebih hensem dari biasa ke.
Rupa-rupanya..
"Coverlah sikit perut lu tu. Dah tak tampan dah perut lu tu"
????????
Cesh!!
Buncit  ke gua ni?
Gua masih tough ok!!
TOUGH!!






Photobucket

Amin&Hafiq: Dua Kali Masih Tak Cukup

Di suatu pagi yang hening dan damai, ketika watak2 WARden masih tidak wujud lagi di bumi hostel ini, Hafiq, Amin dan rakan sekelas mereka, Ijan(bukan nama sebenar) masih berada di hostel. Kelas mereka sepatutnya bermula pada pukul 10.45 pagi dan jam pada masa itu telah menunjukkan pukul 10.15pagi. Ketika Ijan(bukan nama sebenar) berada di dalam "rebannya" keseorangan, tetibe henset iphonenya nokia 3310nya berdering.

Ijan~heLLoww!
Pikok~Assalamualaikum.
Ijan~Waalaikummusalam warahmatullah hiwabarakatuh.....
Pikok~ijan. Kau dah makan? Kau sihat tak?
Ijan~kau pehal pulak ni??
Pikok~eh..bukan2.silap2.Ni. Tadi madam call aku. Dia kata hari ni takde kelas. Kucing jiran madam bersalin.
Ijan~owh. Ye ke???(dengan nada seakan-akan frust menonggeng)
Pikok~A'ah. Nanti kau beritahu budak2 ni.Assalamualaikum.
Ijan~bereh boh! Waalaikummusalam warahmatullah hiwabarakatuh.....

Dan dengan sepantas cicak kubing, Ijan pun berlari seakan-akan gaya si Usop dalam cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah, ke bilik Hafiq.



Hafiq~kau ni pehal? dah lama hidup ke?
Ijan~haa?takde papelah..

Entah kenapa, tiba2 je Ijan tak nak beritahu tentang class yang dicancel tu kepada Hafiq.

Ijan~Amin.sini kejap.
Amin~owh yeah! kenapa?
Ijan~wei. Kelas literature hari ni takde tau, cancel(dalam keadaan berbisik)
Amin~betul ke?
Ijan~A'ah. Kau jangan beritahu Hafiq tau.Senyap2 sudah.hehe.
Amin~Sudah tentu, Takde maknenye aku nak beritahu kat dia.muaharharhar!!(gelak seakan-akan jin Afrit)

Ketika jam hampir pukul 10.45, Ijan pun memulakan perangai shelakenye. Dia konon-kononya memakai baju kelas dan menuju ke bilik Hafiq.

Ijan~OIT!Cepatlah siap. Madam marah nanti.
Hafiq~Kejap lah. Lambat lagi kot ni.
Ijan~Lambat lagi kau kata??Cubalah punctual sikit hafiq.Macam gini ke kau nak jadi cikgu?Macam gini ke kau nak didik anak2 bangsa kita???bla..bla..bla..bla..bla..bla...bla..bla..
Hafiq~yelah2..*memekah pulak lahanat si hensem ni*

Hafiq pun dengan yakinnya memakai baju kelas, tali leher dan kasut. Ketawa berdekah-dekah Ijan masa tu dalam hati. Tapi Ijan ni, takdelah jahat mana, cuma sangat jahat je.

Ijan~HEHE!!
Hafiq~Kau dah kenapa? Dah tak lama ea?(dengan muka pelik)
Ijan~selamat aku ni masih berperikemanusiaan. hehe. Sebenarnya takde kelas lah hari ni. Madam cancel kelas.
Hafiq~Ceh!kenapa kau tak beritahu awal??!!)(^&%#*!*(#!&()(#)!)!!!(sambil mencarut tu, dia mula tanggalkan kasut, baju dan tali lehernya)
Ijan~haha. Relax lah dear. I gurau je. Hehe. Wei. Kau pakai balik baju,tie dan kasut tu. Amin tak tahu yang takde kelas. Kita tipu dia pulak.
Hafiq~Ye ke? Hehe. Chantiklah. Jom( Memakai semula baju, tali leher dan kasutnya)

Tak lama lepas tu, Amin pun datang dengan muka hipokritnya itu. Semasa Amin masuk ke bilik Hafiq, Ijan sempat mengenyitkan matanya kepada Amin.

Hafiq~AMIN! Cepatlah siap! Madam marah nanti!
Ijan & Amin~MUAHARHARHARHARHARHARHAR!!!
Hafiq~????
Amin~Aku pun dah tahulah takde kelas hari ni.
Ijan~HAHAHA!2 kali kau terkena! 2 kali juga kau kena buka pakai baju kau!

Tanpa membuang sebarang maruah, Hafiq pun berlari selaju yang boleh ke arah tandas untuk meng-flush mukanya. Adakah Hafiq mampu meneruskan sisa hidupnya? Mampukah dia terus bernafas seperti hari2 biasa sebelum ini? kita tunggu dan saksikkan....






Photobucket

andai hengkau tahu!

OKEY..SILALAH MENTUKARKAN TUNE ANDA KEPADA TUNE JIWANG!
tadi aku dok la pi kodekkodek blog orang..kodek punya kodek punya kodek aku pun terjumpa la satu post nie..sgt betul,saksama lagi adil dalam penilaian..ohh!tidak!ini gender bias..hahah..tapi bukan la apa kan..sekadar perkongsian manis manis bersama..tak perlulah nak butthurt over sangat..tapi kalau tak bleh gak..u know wut u shud do..wa tala kisah punya..ouchh! 






here it goes......
 
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu..

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku...

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat...

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda..


wah!sila tengok bantal tu..coooomel kan...wah wah dan wah!


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. 
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik..



Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat...

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda...

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya...



Kesimpulannya, hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.




p/s : saya bukan gender bias..tq!

Photobucket











Thursday 24 March 2011

Bernafas di sekolah (bahagian 4)

Yessza.Hari ini aku mulakan pagi aku di SKALA dengan senyuman. Lupakan segala sengketa dan masalah semalam.Macam biasa. Masuk2 je bilik GPK, mesti confirm dan wajib aku dapat "tiket wayang". Dalam hati aku, tertanya-tanya gak,bilalah aku boleh dapat tiket wayang betul2.WEI! Kau tahu tak? 3 minggu lepas aku dapat mesej dari CELCOM. "Dia" kata aku menang 2 tiket wayang percuma filem HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA. Aku punya lah beriye-iye, reply balik nama dan alamat rumah aku. Lepas tu "dia" kate dia akan pos tiket tu, tapi..sampai sekarang tak sampai2 jugak. Mungkin "dia" lupa nak letak setem kot.(fikir baik ok!) Okies. Abaikan tentang perkara itu sebentar.

bila CELCOM nak hantar benda ni???!!!!!


Hari ini, aku kena ganti kelas 6 Maju. First time masuk kelas ni dan kelas ni memang xde exam hari ni. Aku masuk2 kelas tu, aku suruh mereka bagi salam, kutip sampah and then duduk. Lepas tu, aku suruh setiap seorang perkenalkan diri masing2. Dalam bahasa Inggeris. Beritahu nama, cita-cita dan kenapa mereka pilih cita-cita tu. Dan Alhamdulillah. Walaupun, mereka kelas terakhir sekali, mereka seperti tiada masalah untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Dan apa yang paling buat aku bangga dengan mereka? Keyakinan mereka. Relax dan sempoi je mereka bila bertutur dalam Bahasa Inggeris. Insyallah. Mereka tak akan ada masalah yang besar dalam Bahasa Inggeris. Dan bila dorang  mintak aku perkenalkan diri, kau tahu aku jawab apa. Rahsia. Yup. Aku cakap nama aku rahhsia.hehe. Dan last-last mereka panggil aku Mr.X. haha. Lawak syal budak2 ni. Aku layankan je.-_-

rajin budak2 sekarang ni.....


Kelas kedua yang aku masuk tadi, 5 Cergas. Kelas ni dah 3 kali dah aku masuk. Dah boleh dah ingat nama hampir kesemua pelajar dalam kelas tu. Tapi. Kesian mereka. Mereka tak tahu pun nama aku.Hehe. Kelas tu tengah exam Bahasa Inggeris 1 masa tu. Tengah aku ronda2 kat dalam kelas tu,tiba2 ada sorang budak tu beritahu aku, dalam soalan tu ada dua jawapan yang sama. ADUYAI. Problem problem. Soalan daerah pun boleh ada soalan yang salah. Aku pun cepat2lah call penyelaras BI darjah 5, Puan Syamsinah. tu pun aku dapat no. dia dari cikgu kelas sebelah. Kalau nak carik Puan Syamsinah ni, lagi kalutlah. Tak tahu dia kat mana. Aku pun beritahu kat dia pasal 2 jawapan yang sama dan dia mintak aku betulkan jawapan tu dan beritahu pada kelas 5 Jaya dan 5 Maju.Fuh! tak mencabar pun. hehe


peh!!dia kata aku macam matahari tu!!


Ingat tak semalam yang aku kata aku kena buat slides show untuk Hari Anugerah Kecemerlangan tu? kau tahu tak, hari ni setiausaha Hari Anugerah Kecemerlangan tu keluarkan senarai baru?jahanam. Maknanya aku kena buat slides show yang baru. Adui. Nilah. Bila buat kerja2 last minute.Tapi aku tak salahkan S/U tu sebab dia baru lagi dalam kerja ni. Aku pun pergi jumpa ababg juruteknik tu. Aku beritahu dia pasal benda ni. Adalahh dalam 15 minit gak kami mengutuk dan mengumpat pasal benda ni. Last2 abang tu cakap kat aku, "Takpelah, aku edit2 balik yang mana kau dah buat tu. Aku buat yang mana sempat je. Kalau esok dorang bising masa rehearsal tu, pandai2lah aku bising balik pada dorang tu". Haha. Selamat abang tu sempoi. Settle satu masalah.


renung-renungkan dan selamat beramal-_-


Tadi masa lepak2 kat kantin sekolah, tiba2 guru besar datang duduk semeja dengan aku. Guru besarnya perempuan. Paham-pahamlah bila guru besarnya perempuan.

GB: Slides show tu tak siap lagi kan?
aku: agak2 ar. saya dah buat kot semalam. sorang2 pulak tu. Dah siap dah semalam. Abang Ijan(juruteknik) tinggal nak edit lagi je.
GB:Owh. Maaflah. Sepanjang minggu awak berada di sini, saya tak sempat nak berbual dengan awak.
aku: Tidak mengapa puan. Saya faham puan sibuk.
GB:bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..
aku:Bla..

Dialog lain terpaksa aku biarkan sebab aku rasa kau boleh carik dialog2 tu di buku motivasi mahupun website kata-kata nasihat.


hehe.budak ni main sembunyi2 dengan aku tadi. dia tengah carik aku lah tu. 



Lepas je daripada tu, aku cepat-cepat blah. aku pergi bilik peperiksaan. jumpa cikgu Jamilah. Nak tanya dia kalau ada apa2 yang boleh aku tolong. Alhamdulillah. Ada pun kerja. Kena tulis nama dalam surat jemputan. Untuk diberi kepada parents budak2. Adalah dalam 200 gitu.. tapi takpe. Cikgu Jamilah punya pasal tak de hal lah. Cikgu kesayangan aku ni. Dia ingat lagi yang dia pernah mengajar aku darjah 2 dulu. Lama gak, aku dengan cikgu jamilah berbual-bual. Bual pasal AFIF, UMAIRAH,NAQIUDDIN,HAZIQ HANIS,FARHANA RAHMAN, AMANINA, SYAZANA dan banyak2 lagi. Nampak sangat cikgu2 tak lupa kat kita semua. terharu gua. Dan hari ni, aku balik awal sikit. dalam pukul 2.30. Aduyai. Malasnya aku nak tunggu hari esok. esok hari terakhir. Aku dapat rasa ada perasaan sebak kat dalam hati aku tika ini. Adat. Setiap yang bermula akan berakhir. Peace on this school!!

mural ni, dari zaman aku lagi dah ada. dan kalau kau pernah sekolah di sini, kau takkan ayat ni.....






Photobucket

Wednesday 23 March 2011

Terjawab akhirnya.siapakah Datuk T?

Baru-baru ni, Malaysia dikecohkan dengan pendedahan video seks oleh seorang lelaki yang dikenali dengan gelaran "Datuk T". Video seks selama 20minit dan mempunyai 4 segmen itu, didakwa mempunyai adegan seks seorang pemimpin kanan sebuah parti politik bersama seorang pelacur PEREMPUAN. Dan korang rasa, siapakah gerangan lelaki yang didakwa itu?yup!betul! Dato' seri Anwar Ibrahim. kau perasan tak something? Pihak media gunakan perkataan pelacur PEREMPUAN. Selalunya, mereka(pihak media) ni cuma gunakan perkataan pelacur sahaja, tetapi dalam hal Dato' Seri Anwar Ibrahim ni mereka menggunakan pelacur PEREMPUAN. Motifnya?hehe. Fikirlah sendiri. Dan hari ini, pada pukul 4 petang tadi, Datuk T telah mendedahkan identiti beliau sendiri. Sebenarnya, nama "Datuk T' tu hanyalah akronim yang membawa maksud "TRIO" yang terdiri dari Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik(bekas Ketua Menteri Melaka), ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan  Datuk Shuib Lazim(bendahari PERKASA) Mereka bertiga ni mengaku merekalah yang memaparkan video seks tersebut kepada pihak media. 


Bagaimana video seks ni dijumpai?
Video seks ini sebenarnya diperolehi secara kebetulan oleh Shazryl yg merupakan sahabat(aku rasa dah jadi bekas sahabat kot) Dato' Seri Anwar Ibrahim. Pada bulan Februari yg lalu, Anwar meminta bantuan Shazryl untuk mencarik jam tangan Omega nya yg hilang di sebuah bilik hotel, dan secara kebetulan, seorang lelaki telah memberikan pita rakaman video seks tersebut kepada Shazryl.


Kenapa Datuk T mendedahkan identiti sebenar mereka?
Mereka sedar jika mereka tidak mendedahkan identiti sebenar mereka, Anuar akan menggunakan alasan tersebut untuk melemahkan dakwaan video seks tersebut.


Kenapa Shazryl berpaling tadah dari Anuar?
Mereka berdua telah berkawan semenjak tahun 1995/1996. Dan Shazryl berpaling tadah kerana dia merasakan sudah terlalu lama dia telah dipergunakan oleh Anuar.


Apa yang ingin dilakukan oleh ketiga-tiga Datuk ini?
Mereka ingin mengwujudkan sebuah suruhanjaya bebas untuk membuktikkan keaslian video seks tersebut yg didakwa ddilakukan oleh Anwar bersama seorang pelacur PEREMPUAN China. 


Kesian kat Wan Azizah bila aku dengar, Abd. Rahim kata yang Wan Azizah ada menghubungi dia untuk mendapatkan rakaman video seks tersebut. Mesti Wan Azizah semakin lama semakin syak dengan Anuar. Kes liwat Saiful Bukhari tak habes lagi, ni timbul kes baru pulak.


Photobucket

Bernafas di sekolah (bahagian 3)

Hari ni saya ganti kelas selama 3 jam setengah. 2 jam darjah 6 dan 1 jam setengah darjah 5. Habis je ganti kelas tu, saya terus siapkan slides show untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan untuk Sabtu ni. Sorang2. 73 slides. Saya siapkan dalam pukul 2 petang. Selamat saya ni hebat.-_- sekarang ni saya dalam proses menanda kertas peperiksaan. Ada 3 kelas. Nak kena key in markah jumaat ni. Awak rasa saya kena buli ke di sini?Saya pun rasa macam gitu gak. Hehe. Peace on earth guys!


p/s~aku terpaksa menggunakan kata ganti nama “saya”, untuk menunjukkan yang saya berada dalam mode seakan-akan serius.^_^


Photobucket

Tuesday 22 March 2011

Bernafas di sekolah (bahagian 2)

Hari kedua aku di Sekolah Kebangsaan Laksamana. Alhamdulillah. Hari ni lagi best kot dari semalam. Hehe. Best sebab apa?Entahlah. Aku pun tak tahu. Hehe. Hari ini sampai hari jumaat adalah hari peperiksaan bagi darjah 2 hinggalah darjah 5. Dan apa yang aku buat hari ini? Pagi2 tadi, lepas je settle kehadiran, aku di beri sehelai "tiket wayang".



"Tiket wayang" tu, ingat senang2 ke boleh dapat? Kira baguslah tu. Daripada aku tak buat apa2, lebih baik aku masuk kelas. Jadi pengawas peperiksaan gitu. 3 kelas dan 3 jam hari ni. Haha. Aku lupa nak beritahu. Dari semalam dan hari ini, aku bawak satu watak. Watak apa? Watak cikgu yang garang. hehe. Bukan apa. Aku ingat lagi pesan cikgu2 sekolah lama yang aku pernah mengajar dulu. "Din,awak kalau masuk kelas, jangan sesekali senyum. Bila awak masuk kelas, awak suruh semua berdiri, dan awak cuma benarkan mereka duduk bila mereka semuanya senyap. Biarkan mereka takut dengan first impression tu. Sebab kalau mereka tak takut, mereka akan pijak kepala awak. Biarkan mereka takut, biarkan mereka ada hormat dengan awak". Bagi aku, in the first place, biarkan mereka takut dengan kau. And then, kalau kau nak buat lawak ke, nak senyum2 dengan mereka ke, itu takpe. So, berbalik kepada kena relief kelas tadi. Okies. Untuk pengetahuan korang, Cergas adalah kelas pertama(kelas budak2 pandai), Jaya(sederhana pandai), dan Maju(insyallah mereka akan pandai). Alhamdulillah. Kelas yang aku jaga hari ini semuanya tiada masalah(mungkin sebab dorang takot dengan aku.hehe). Tapi,serius tak tipu, sakit kaki aku tadi. Yelah. Aku tak duduk langsung masa jaga kelas tu. Meronda je. Nak pastikan takde sesiapa yang meniru. Kesian budak2 tu, tak merasa nak meniru. Tulah,nak meniru tak pandai. Lain kali, aku nak buat kursus Meniru Dalam Peperiksaan, korang pergi lah ye.

tengok tulisan kat papan hitam tu?hehe

tekun gila budak2 ni



Masa jage2 tu, tetibe guru kelas aku masa darjah 2 dulu, cikgu Jamilah. Aduyai. Segan aku. Hehe. Yelah. Cuba bayangkan, dulu, dia yang jaga kau masa periksa, sekarang nie, kau yang jaga periksa, dia yang tengok. Lain wei. Lain gila. Lepas habis peperiksaan tu, aku pergi hantar kertas jawapan kat bilik peperiksaan. Cikgu Jamilah yang jaga. Bual-bual lah dia. Dah lama aku berbual dengan dia, baru aku perasan cikgu Jamilah bahasakan diri dia AKAK. Adush. Ni yang aku rasa lain macam. Hehe. Dulu, kau panggil dia Cikgu, sekarang ni kau kena panggil dia akak.hehe. Dan tak lama lepas tu, Cikgu Kamalunisak masuk. Kalau korang nak tahu, dulu masa zaman aku, Cikgu Kamalunisak nie terkenal dengan zapin. Banyak dah budak2 yang dia dah latih dan dia bawak sampai ke peringkat kebangsaan kalau tak silap aku. Actually, mula2 Cikgu Kamalunisak tak tegur(dia pemalu?xmungkin), so, aku mula lah tanye dia.

Aku~cikgu nisak dah tak ajar zapin?
Cikgu jamilah~haha.tak tahulah.cube tanye dia. Nisak. Kau tak kenal ke dia?
Cikgu Kamalunisak~Aku baru nak tanya kau bila dia dah keluar nanti.

hehe. kelakar pulak cikgu Kamalunisak. Sebenarnya kan, mula2 aku tak perasan pun Cikgu Kamalunisak ni. Aku perasan suara dia je. Hehe. Ingat lagi aku suara dia sampai sekarang. Dah 8 tahun dah berlalu, tapi ingatan gua masih kuat bro!hehe

maju dah sekolah ni

kalau terasa nak tengok tv,bile2 mase syudents boleh masuk

sekolah ni makin cantik

Pukul 1. Aku dah plan baik dah masa tu. ak baru je nak naik bilik GPK nak punch card untuk balik, tetiba Cikgu Amnah panggil aku. "Cikgu! Jom masuk bilik mesyuarat." haha. Jem. Jadi, aku dengan muka yang seakan-akan hepi pun masuk bilik mesyuarat tu. Aku bukan apa. Aku segan syal. Cuba bayangkan. Kau kena masuk mesyuarat yang dihadiri oleh cikgu2 lama kau. Huh. Depan aku semua tu, cikgu2 lama aku. Cikgu julaila, cikgu Ani, cikgu Ayu, cikgu Syamsinah, cikgu Rosnah(muka dia masih garang macam dulu. dan aku masih takut kat dia macam dulu.hehe), cikgu Ayu, cikgu Jamilah, cikgu vumaiban. dan sebelah aku pulak, cikgu haji ismail dan cikgu palah. Rasa lain macam wei. Rasa macam kau dah naik taraf dah. hehe. Mesyuarat petang tadi tu adalah untuk organise Hari Anugerah Kecemerlangan & Mesyuarat PIBG, Sabtu. Tapi, sebelum mula mesyuarat tu, Guru Besar perkenalkan aku kepada cikgu2 lain. dan sekali lagi, SEGAN syal. Hehe. Dan kemudian mesyuarat pun mula. Seronok. Ni kali kedua aku menghadiri mesyuarat dengan cikgu2(sebelum ni kat sekolah lain). HEHE. Kelakar aku cakap kau. Kalau nak ikutkan, perangai cikgu2 ni macam kita jugak dulu. Buat lawak masa mesyuarat, bergaduh pasal tema baju, guru besar bercakap kat depan, kita bising kat belakang. Hehe. Best kot masa 2 jam tadi. dan akhirnya, aku diberi satu tugas kali ini. Aku kena siapkan slides shom untuk Hari Anugerah Kecemerlangan Sabtu ni dengan sorang brother juruteknik. Takde problem kot,sebab Slides Show, senang je tu. hehe. Esok aku dah mula kena buat, tapi kena buat sorang2 sebab bro juruteknik cuti tu. So, boleh tak aku siapkan esok?kita tunggu dan lihat yaw....PEACE ON EARTH!!


p/s:semalam adik aku yang darjah 4,cerita kat aku. Dia dengan kawan dia berbual

kawan:cikgu baru tadi masuk kelas kau tak?
Adik aku: tak pun. Kenapa?
Kawan~cikgu tu best tau. Dia baik.
Adik aku:eleh. Baru sehari, kau dah kata dia best.
Kawan~rugi kau dia tak masuk kelas kau tadi.
Adik aku~apa ruginya. Hari-hari aku jumpa dia.
Kawan~hari-hari?
Adik aku~sebab dia abang akulah pandai.hehe 





Photobucket

Monday 21 March 2011

Bernafas di sekolah (bahagian 1)

Selama seminggu, bermulai hari ini hinggalah Jumaat ini, aku akan menghabiskan sisa-sisa hidup aku di sebuah sekolah untuk melaksanakan PBS(program berdasarkan sekolah) ataupun SBE (school based experience) atau pun bahasa lamanya ROS (Rancangan Orientasi Sekolah). Kali in aku pilih sekolah lama aku.Sekolah yang telah besarkan aku. Sekolah Kebangsaan Laksamana (Integrasi). Jom. Aku nak merepek kejap. Seronok syal. hehe.

Pagi tadi, aku bangun dalam pukul 6 tu pun adik aku yang kejut.hehe. Nervous syal bangun awal2 gini. Hehe. Aku pun siap2. Mandi, sembahyang dan sarapan. Dalam pukul 6.50, aku pun dah hidupkan enjin motor superbike sebagai tanda bersiap sedia untuk merempit. Sebelum pergi, aku cium tangan mak bapak aku dulu. Huh.Lama dah aku tak merasai keadaan ni. 5 tahun dah rasanya. Yelah. Cuba bayangkan, selama 5 tahun tu aku duduk kat asrama. Kalau aku nak pergi sekolah nak cium tangan pun, aku terpaksa tibai tangan kawan aku. Aku ingat nak mintak duit sekolah kat bapak aku macam aku selalu buat kecik2 dulu, tapi…tak berani pulak. Hehe.Sekolah aku dengan rumah aku, memang dekat gila. Dalam 500meter gitu. Aku sampai sekolah tu dalam puukul 6.55. Peh! Aku rasa aku memang cemerlang! Cikgu sorang pun tak datang lagi! Kiranya akulah "cikgu" pertama yang datang. Memang aku layaklah digelar "cikgu" yang berdedikasi.hehe.Disebabkan aku rasa aku terlalu awal, aku pun duduk kat atas superbike aku di luar sekolah di bawah hujan rintik-rintik. Kesian kan kat aku?hehe. Dan kemudian dalam pukul 7.15, aku pun menapak ke dalam sekolah tu. Dan destinasi pertama aku? PEJABAT. Tak perlu nak tanya orang kat mana pejabat. Sebabnya? Aku dah tahu. berlagak tak?hehe. Aku pun kemudian di usha oleh GPK 1 sekolah tu, Puan Amnah. Peh! Memang sempoi Puan Amnah. Terima kasih ye Puan sebab memberi layanan yang baik kepada saya.hehe. Cerita punya cerita, aku pun menimbulkancerita yang aku ni bekas pelajar sekolah tu. Dari tahun 1998 hingga 2010.



Puan Amnah~So, awak kenal lah cikgu2 kat belakang2 ni?
Aku~Of coz sy kenal. hehe. Macam cikgu vumaiban, cikgu ayu, cikgu jamilah, cikgu rosnah. semua tu saya kenal.
cikgu jamilah~Saya kenal dia ni. Anak Sulaiman
cikgu ayu~Saya pernah jadi cikgu kelas dia masa dia darjah 2.
cikgu ayu~saya kenal.Arwah Budak ni dulu pemalu dan baik orangnya.
aku~*blushing* (JANGAN PERSOALKAN KALER MUKA AKU BILA AKU BLUSHING!!)
Puan Amnah~Baguslah gitu. Ada kawan2 kat sini.
aku~kawan??tu cikgu2 akulah dulu. takkan aku nak guna KAKAK-SAYA dengan dorang??(dalam hati)
aku~cikgu. kalau cikgu nak suruh saya relief kelas, beritahu saya ea cikgu. saya on je.
Puan Amnah~Ow. ye ke?awak ada pengalaman?
aku~insyallah ada cikgu. Dulu lepas SPM, saya pernah jadi guru sandaran dua bulan kat S.K Gelang Patah.
Puan amnah~owh yeah!!baguslah gitu.
aku~Bla Bla Bla Bla Bla.....
Puan Amnah~Bla Bla Bla Bla Bla.....




Lepas tu, aku pun follow cikgu2 lain pergi ke dewan untuk perhimpunan.Masa dalam dewan tu, aku dah fikir dah. Kalau aku tak diberi kerja, confirm aku akan mati kebosanan sebab takde bende nak buat. So, aku ikot apa yang akak tiri palsu aku suruh buat. Aku pun pergi jumpa dan Puan Amnah dan tanye dia sama ada kelas yang perlu aku ganti. Dan dengan muka yang penuh dengan senyuman, dia pun beri aku sehelai kertas.




Yes!!ni yang aku tunggu-tunggukan. Dua kelas yang akan aku ganti sebab cikgunya cuti bersalin. Kelas BM dan Math. Alhamdulillah. Kedua-dua kelas tu aku tak hadapi sebarang masalah. Kelas Math yang pertama tu, aku masuk kelas dan aku tulis soalan matah kat blackboard. Then, aku suruh sorang2 jawab soalan tu. Kelas BM pulak, aku bagi perkataan2 and then mereka semua kena buat ayat dari perkataan tu. Entahlah, tapi aku rasa takde masalah pun. Mungkin sebab aku dah ada pengalaman mengajar dua bulan kan.(ces!belagak neherem kau ni!!)





 Aku habis kelas dalam pukul 12.10 dan sekali lagi. AKU TAK TAHU NAK BUAT APA. Dah puas dah wei aku amek gambar. Fikir punya fikir, aku terserempak dengan cikgu Sains lama aku, Cikgu Palah Suradi. Bizi wei dia ni. Aku dengan muka yang manis seperti gula kapas pun bertanya kepada dia,"cikgu kalau ada pape yang boleh saya tolong, beritahu jelah saya". Kau tahu apa dia suruh aku buat lepas tu??Dia suruh aku follow dia. Tolong di betulkan kipas n lampu. Tolong punya tolong, dah pukul 2 petang dah. Patutnya aku balik pukul 1.hehe.Lepas je punch card, aku pun terus balik.Fuh.4 hari lagi.Tak sabar nak tunggu hari esok. Esok ada exam. Objektif aku esok, aku nak tangkap budak yang meniru.Kita sambung esok! Peace on earth students!!



Dah3!!esok sambung lagi..aku nak kena siapkan lesson plan..ngee3!!


Photobucket

Sunday 20 March 2011

Anti Kelantan??

Kadang-kadang aku tak paham dengan perangai sesetengah manusia ni.Macam dah takde kerja lain dah kat dalama dunia ni. Kau tahu kan hidup kat dalam dunia cuma sementara je? Jadi, sepatutnya kau isilah hidup kau yang sementara tu dengan perkara-perkara yang berfaedah. Bukannya isinya dengan benci-membenci, maki-memaki dan kutuk-mengutuk. Tetapi kalau kau nak sangat benci-membenci ini semua, kau bencilah Israel ke, Husni Mubarak ke, tak pun paling-paling kurang pun pergilah bencilah orang-orang yang buang sampah merata-rata tu. Ni tak. Kau pergi kutuk-kutuk, maki-maki & hina orang KELANTAN. Dah takde kerja lain ke kau ni? Sila klik di sini. Inilah perangai manusia. Boleh penuhkan hidup dengan pahala dan kebaikan, tetapi kau penuhkan hidup kau dengan dosa, kutukan, hinaan. Sebenarnya, creator kelab tu masih tak diketahui sebabnya dia menggunakan nama admin yang palsu dan aku confirm, mesti gambar yang dia jadikan profile picture tu dia cilok dari gambar orang lain. Kesian awek dalam gambar tu.hehe. Okies. Mungkin ada seorang dua orang kelantan yang kau tak suka, tapi tak semestinya kau ada hak nak kutuk keseluruhan orang Kelantan. please lah wei. 2 tahun dah aku duduk kat Kelantan dan 2 tahun jugak lah aku tak pernah ada masalah dengan orang Kelantan. Member-member ramai budak Kelantan. Tapi dorang semua ok je. Tak pernah nak cari pasal. Dah tu, yang kau nak carik pasal dengan dorang kenapa?okies. fine. Kau buktikkan yang orang Kelantan tu kasar bila dorang gadoh kat stadium. Wei! tu hanyalah 0.01% je orang Kelantan yang berperangai macam gitu. Yang 99.9% lagi?Insyallah..Mereka tu semua baik2 belaka. Tapi yang paling buat aku sakit hati, kenapa sampai makcik2 pon kau nak kutuk gak. Agak2 lah wei! Orang tua tu. Tak kan tu pun aku nak ajar nak hormat orang tua macam mana?aduyai. Mintak-mintaklah kau ni bukan orang Islam. Malas pulak aku nak tulis panjang. Bukan ape, takut pulak kalau aku memaki kau tanpa disedari.hehe. Jadi, aku harapkan kau sedarlah dengan apa yang kau buat. Insaf sebelum terlambat ea SAYANG. Dan kepada orang-orang Kelantan yang dah tengok group tu, aku harapkan korang bersabar banyak2 k. Jangan sampai korang maki2 dia sebab itu akan membuatkan korang lebih kurang macam dia je.Dan kepada korang semua!! Aku harapkan jasa baik korang untuk report page nie. Report smpai page nie kena delete ye.ape2 pon, PEACE ON YOU NIa Rashilla!! 



p/s~post ni bukan bertujuan untuk mengambil hati orang Kelantan tetapi adalah untuk menyampaikan kebenaran.




Photobucket

Friday 18 March 2011

5 1/2 perkara yang boleh mengundang keTAMPARan

pepagi ni tetibe je emosi apahal la kan..aku bukan ape,cuma tak puas hati je rentetan peristiwa dalam bas tadi..yela, mana tak emosi bro..ade ke patut..dalam bas tadi adelah sorg brader ni..parking depan aku..dgn selamba badak dia je dia pegi turunkan degree seat dia dengan seturun turunnya..jangan lah tanya aku bapa degree, mane sempat nak ukur bai..lepas tu boleh la pulak dia tanya aku, aku ok x..siap senyum senyum lagi..hello!!itu memang annoying ok!memang kentut busuk punya perangai!aku bayar seat tu sama harga dgn kau bayar kot..apa kau ingat seat aku tu dpt half price sesuka ati kau je nak amek space aku?banyak cekadak kau!!sampai brader sebelah aku asek tengok je kat aku..mesti die pon pikir ketidakwajaran kelakuan brader dpn aku tu..cisss!

okah!cukup pasal emosi bahagian satu..kita  teruskan dengan emosi bahagian dua..







T













A















D













A











.................................................................................................





antara lima setengah perkara yang boleh mengundang ketamparan :

1) korang baru habis kelas,time tu bukan main main lagi perut korg berzapin lagu lapar..korg dengan bangganya pergi ke cafe carik makanan..sesampai je korg kat sana..korg nampak dekat satu meja..ada bebudak nie makan makan sambil korek hidong..siap main jentik jentik lagi taik idong tu aim kat memember yang lalu lalang..ape yg korg rase???sumpah hilang selera..tapi kalau korg tak rasa pape..memang daya tahan badan korg kuat cecah 360 kJ..ehhh??asal kJ?

2)  korg baru beli baju baru..agak jakun dengan baju tersebut..semangat berkobar kobar disertai perasaan takbur lagi ujub apabila pekena baju baru..rasa diri kau la yang paling cantik/hensem..dah tak de sape yang lagi cantik/hensem daripada diri korg..turun tangga asrama dengan hidong kembang kembang akibat mempunyai perasaan setanding syaitooooon nirrojimmm..tak toleh kanan kiri..tiba tiba ada bisikan busuk yang cakap..
.'eh, kau nampak gemuk la'..
cis!cinabeng..perosak mood!mesti korg pun ada rasa nak bagi pentampar kan??jangan risau..aku faham perasaan tu..ceh!

3)  3 1/2 perkara lagi..tunggggggggggggguuu~haha..

sorry,aku terkurang daya dah nie..wa atashinchi dulu!



Photobucket

JOM REQUEST HEADER!!

SILA KLIK SINI...

Photobucket

tutorial:cara untuk pasang tab "home"

hello guys terutame sekali tetamu kehormat aku hari ni, cik Daud B****t kite(jangan marah bro,hehe)..okies..tutorial simple gile vavi dari aku hari ini...Korang perasan tak tab "HOME", "TUTORIAL" dan "TULIS-TULIS" kat bahagian atas sekali blog aku nie?

                                      ~sila klik pada imej untuk tumbesaran yg lebih subur~    

Macam mana nak letak tab tu?simple giler dan SI GILER pun takdelah sesimple inie..hehe..langkah-langkahnya?jeng3..hehe...

1. DASHBOARD>EDIT POST>EDIT PAGES>NEW PAGE
2. Tulis tajuk yg korang nak guna untuk tab korang tu di bahagian PAGE TITLE
3. Tulis apa yang sepatutnya di bahagian CONTENT(bawah PAGE TITLE tu)
4. Klik PUBLISH PAGE
5. Tick di bahagian BLOG TABS dan klik SAVE AND PUBLISH
6.SIAP!!!

Itu je tutorial hari ni..kalau korang nak request tutorial pape, beritahu aku lah kalu berani..hehe..chow!!


Photobucket

Thursday 17 March 2011

........

igauan-igauan INDAH enak mentertawakan mimpi
pada hidup NGERI yang sentiasa menanti


Photobucket

Wednesday 16 March 2011

Jom ringankan blog anda!!(versi 1)

Okies. Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa tulang aku terlebih ringan hari ini. Jadi, untuk memberatkannya semula, aku rasa aku nak buat satu lagi tutorial. Tutorial kali ini aku rasa korang patut follow kalu korang ringankan blog korang lagi-lagi blog yang mengandungi gambar-gambar yang banyak seperti budak si ijat, cik fatin, saudari hanan dan blog-blog lain yang ada banyak imej. sangat-sangat mudah untuk korang laksanakan tutorial ini. Semudah A B dan C..hehe..Actually, ada dua cara untuk ringankan blog korang tapi untuk tutorial kali ini, aku akan hanya satu cara sahaja..Tak boleh banyak2, nanti susah nak masuk..hehe

Langkah-langkahnya:

1.Pergi ke DASHBOARD>DESIGN>PAGE ELEMENT
2.ADD A GADJET
3.Klik HTML/ JavaScript
4.Copy kod di bawah
<script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4/jquery.min.js"></script><script type='text/javascript' src='https://sites.google.com/site/jquery01/jquery.lazyload.mini.js?ver=1.5.0'></script><script type="text/javascript">jQuery(document).ready(function($){if (navigator.platform == "iPad") return;jQuery("img").lazyload({effect:"fadeIn",placeholder: "https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgU1TrjqBYlyWlGwQGySgSn6AeqfsHtTEuzhDjgVtyqb1DdO-l6IUrb3yKlhDO6qEQvMOJT-CB9JSB2bWtPwF6ID6tdrVavI4yOJuWqzQrmEgb0S_G1Lvj-TY-Z7v4oiyF5tV9i8MTmYLY/s1600/grey.gif"});});</script>

5. Paste kod tersebut di HTML/ JavaScript itu tadi
6. Save kod di HTML/ JavaScript
7. Akhir sekali, klik SAVE di PAGE ELEMENT


SIAP!!





Insyallah, blog korang akan lebih ringan..hehe..semoga maju jaya!!peace on earth frenz!!

p/s~jangan pertikaikan kerajinan aku yang tak berbelah-bahagi ni.
Photobucket