~TENTANG KAMI~

My photo
Blog ini aku lahirkan khas untuk aku dan si dia,tetapi tak bermakna yang ianya akan dipenuhi dengan ceritera kami berdua sahaja. apa yang ku rasa,apa yang ku fikir, apa yg ku nyampah, di sini aku luahkan, di sini aku muntahkan, di sini aku ludahkan. andai kata korang rasa benci, menyampah, meluat, tu bukan masalah aku. Cume jadi masalahnya bila korang tak nak angkat punggung korang dari kerusi komputer korang tu.paham kan?hehe..korang dah takut ke?jangan risau.blog ni tak seserius mana.macam2 korang boleh dapat. ~milik si hetam dan si puteh.tetapi hanya si hetam je yang meracau dalam blog ni.si puteh?dy malas kot~

Saturday 12 March 2011

15 hari

salam.apa khabar korang semua?masih bernafas?okies.fine.nampak sangat macam hipokrit.sebenarnya aku tak kisah pun pasal korang semua.<tapi mintak2 korang sihat2 sahaja>hehe.okies.15 hari.15 hari ini aku akan duduk kat rumah,makan kat rumah,berak bernafas kat umah, dan semuanya kat rumah.dan hakikatnya bila cuti ni,bila kat rumah ni,aku akan malas sangat nak keluar rumah.bukan apa,sebab aku nak habiskan masa2 aku dengan keluargaku yang tersayang.<huish.baik gilers aku ni> kalau nak ikutkan realitinya, aku banyak giler kerja& assignment nak kena buat, tapi bila ikutkan nafsu, macam takde kerja pulak nak buat.tapi kan,selalunya sebelum aku balik rumah, mesti kat dalam kepala aku dah plan nak buat macam2.nak belajar memasaklah, nak studylah (iye2 je bawak buku banyak2 balik rumah), nak buat tuisyenlah, keluar dengan gurl tengok wayang lah, dan pelbagai lagi aktiviti, tapi last2 aku duduk rumah je (tu bukan hangat2 tahi ayam k,itu orang panggil futuristik). bukan ape.takde member kot.member2 semua cuti bila aku tak cuti + tak cuti bila aku tak cuti. jadi,konklusinya aku duduk jelah kat rumah. mencuba sehipokrit yang mungkin untuk jadi anak yang soleh.hehe.tapi untuk cuti 2 minggu ni, aku dah plan baik punye. minggu ni aku nak perhabiskan semua assingment aku dan minggu depan pergi buat SBE pulak. tetapi akan berjayakah rancangan ku ini? akan mampukah aku melaksanakan matlamat ku ini?kite lihat daan saksikan yaw! haha..peace on earth guys!

p/s~yup.aku tahu ini entry aku yang pertama, tapi perlu ke aku beritahu n merepek2 tentang blog aku yang baru nie..bullshit itu semua..dan sebab ape aku tak nak cakap pasal ni semua ye??sebab aku KEREK pemalu..hehe

Photobucket

No comments:

Post a Comment