~TENTANG KAMI~

My photo
Blog ini aku lahirkan khas untuk aku dan si dia,tetapi tak bermakna yang ianya akan dipenuhi dengan ceritera kami berdua sahaja. apa yang ku rasa,apa yang ku fikir, apa yg ku nyampah, di sini aku luahkan, di sini aku muntahkan, di sini aku ludahkan. andai kata korang rasa benci, menyampah, meluat, tu bukan masalah aku. Cume jadi masalahnya bila korang tak nak angkat punggung korang dari kerusi komputer korang tu.paham kan?hehe..korang dah takut ke?jangan risau.blog ni tak seserius mana.macam2 korang boleh dapat. ~milik si hetam dan si puteh.tetapi hanya si hetam je yang meracau dalam blog ni.si puteh?dy malas kot~

Thursday 24 March 2011

Bernafas di sekolah (bahagian 4)

Yessza.Hari ini aku mulakan pagi aku di SKALA dengan senyuman. Lupakan segala sengketa dan masalah semalam.Macam biasa. Masuk2 je bilik GPK, mesti confirm dan wajib aku dapat "tiket wayang". Dalam hati aku, tertanya-tanya gak,bilalah aku boleh dapat tiket wayang betul2.WEI! Kau tahu tak? 3 minggu lepas aku dapat mesej dari CELCOM. "Dia" kata aku menang 2 tiket wayang percuma filem HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA. Aku punya lah beriye-iye, reply balik nama dan alamat rumah aku. Lepas tu "dia" kate dia akan pos tiket tu, tapi..sampai sekarang tak sampai2 jugak. Mungkin "dia" lupa nak letak setem kot.(fikir baik ok!) Okies. Abaikan tentang perkara itu sebentar.

bila CELCOM nak hantar benda ni???!!!!!


Hari ini, aku kena ganti kelas 6 Maju. First time masuk kelas ni dan kelas ni memang xde exam hari ni. Aku masuk2 kelas tu, aku suruh mereka bagi salam, kutip sampah and then duduk. Lepas tu, aku suruh setiap seorang perkenalkan diri masing2. Dalam bahasa Inggeris. Beritahu nama, cita-cita dan kenapa mereka pilih cita-cita tu. Dan Alhamdulillah. Walaupun, mereka kelas terakhir sekali, mereka seperti tiada masalah untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Dan apa yang paling buat aku bangga dengan mereka? Keyakinan mereka. Relax dan sempoi je mereka bila bertutur dalam Bahasa Inggeris. Insyallah. Mereka tak akan ada masalah yang besar dalam Bahasa Inggeris. Dan bila dorang  mintak aku perkenalkan diri, kau tahu aku jawab apa. Rahsia. Yup. Aku cakap nama aku rahhsia.hehe. Dan last-last mereka panggil aku Mr.X. haha. Lawak syal budak2 ni. Aku layankan je.-_-

rajin budak2 sekarang ni.....


Kelas kedua yang aku masuk tadi, 5 Cergas. Kelas ni dah 3 kali dah aku masuk. Dah boleh dah ingat nama hampir kesemua pelajar dalam kelas tu. Tapi. Kesian mereka. Mereka tak tahu pun nama aku.Hehe. Kelas tu tengah exam Bahasa Inggeris 1 masa tu. Tengah aku ronda2 kat dalam kelas tu,tiba2 ada sorang budak tu beritahu aku, dalam soalan tu ada dua jawapan yang sama. ADUYAI. Problem problem. Soalan daerah pun boleh ada soalan yang salah. Aku pun cepat2lah call penyelaras BI darjah 5, Puan Syamsinah. tu pun aku dapat no. dia dari cikgu kelas sebelah. Kalau nak carik Puan Syamsinah ni, lagi kalutlah. Tak tahu dia kat mana. Aku pun beritahu kat dia pasal 2 jawapan yang sama dan dia mintak aku betulkan jawapan tu dan beritahu pada kelas 5 Jaya dan 5 Maju.Fuh! tak mencabar pun. hehe


peh!!dia kata aku macam matahari tu!!


Ingat tak semalam yang aku kata aku kena buat slides show untuk Hari Anugerah Kecemerlangan tu? kau tahu tak, hari ni setiausaha Hari Anugerah Kecemerlangan tu keluarkan senarai baru?jahanam. Maknanya aku kena buat slides show yang baru. Adui. Nilah. Bila buat kerja2 last minute.Tapi aku tak salahkan S/U tu sebab dia baru lagi dalam kerja ni. Aku pun pergi jumpa ababg juruteknik tu. Aku beritahu dia pasal benda ni. Adalahh dalam 15 minit gak kami mengutuk dan mengumpat pasal benda ni. Last2 abang tu cakap kat aku, "Takpelah, aku edit2 balik yang mana kau dah buat tu. Aku buat yang mana sempat je. Kalau esok dorang bising masa rehearsal tu, pandai2lah aku bising balik pada dorang tu". Haha. Selamat abang tu sempoi. Settle satu masalah.


renung-renungkan dan selamat beramal-_-


Tadi masa lepak2 kat kantin sekolah, tiba2 guru besar datang duduk semeja dengan aku. Guru besarnya perempuan. Paham-pahamlah bila guru besarnya perempuan.

GB: Slides show tu tak siap lagi kan?
aku: agak2 ar. saya dah buat kot semalam. sorang2 pulak tu. Dah siap dah semalam. Abang Ijan(juruteknik) tinggal nak edit lagi je.
GB:Owh. Maaflah. Sepanjang minggu awak berada di sini, saya tak sempat nak berbual dengan awak.
aku: Tidak mengapa puan. Saya faham puan sibuk.
GB:bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..
aku:Bla..

Dialog lain terpaksa aku biarkan sebab aku rasa kau boleh carik dialog2 tu di buku motivasi mahupun website kata-kata nasihat.


hehe.budak ni main sembunyi2 dengan aku tadi. dia tengah carik aku lah tu. 



Lepas je daripada tu, aku cepat-cepat blah. aku pergi bilik peperiksaan. jumpa cikgu Jamilah. Nak tanya dia kalau ada apa2 yang boleh aku tolong. Alhamdulillah. Ada pun kerja. Kena tulis nama dalam surat jemputan. Untuk diberi kepada parents budak2. Adalah dalam 200 gitu.. tapi takpe. Cikgu Jamilah punya pasal tak de hal lah. Cikgu kesayangan aku ni. Dia ingat lagi yang dia pernah mengajar aku darjah 2 dulu. Lama gak, aku dengan cikgu jamilah berbual-bual. Bual pasal AFIF, UMAIRAH,NAQIUDDIN,HAZIQ HANIS,FARHANA RAHMAN, AMANINA, SYAZANA dan banyak2 lagi. Nampak sangat cikgu2 tak lupa kat kita semua. terharu gua. Dan hari ni, aku balik awal sikit. dalam pukul 2.30. Aduyai. Malasnya aku nak tunggu hari esok. esok hari terakhir. Aku dapat rasa ada perasaan sebak kat dalam hati aku tika ini. Adat. Setiap yang bermula akan berakhir. Peace on this school!!

mural ni, dari zaman aku lagi dah ada. dan kalau kau pernah sekolah di sini, kau takkan ayat ni.....






Photobucket

1 comment:

  1. bestnya jadi cikgu....
    ANYWAY, serius cikgu jamilah ingat kitorang ag ??waaa.. terharu ;)

    ReplyDelete