~TENTANG KAMI~

My photo
Blog ini aku lahirkan khas untuk aku dan si dia,tetapi tak bermakna yang ianya akan dipenuhi dengan ceritera kami berdua sahaja. apa yang ku rasa,apa yang ku fikir, apa yg ku nyampah, di sini aku luahkan, di sini aku muntahkan, di sini aku ludahkan. andai kata korang rasa benci, menyampah, meluat, tu bukan masalah aku. Cume jadi masalahnya bila korang tak nak angkat punggung korang dari kerusi komputer korang tu.paham kan?hehe..korang dah takut ke?jangan risau.blog ni tak seserius mana.macam2 korang boleh dapat. ~milik si hetam dan si puteh.tetapi hanya si hetam je yang meracau dalam blog ni.si puteh?dy malas kot~

Sunday 20 March 2011

Anti Kelantan??

Kadang-kadang aku tak paham dengan perangai sesetengah manusia ni.Macam dah takde kerja lain dah kat dalama dunia ni. Kau tahu kan hidup kat dalam dunia cuma sementara je? Jadi, sepatutnya kau isilah hidup kau yang sementara tu dengan perkara-perkara yang berfaedah. Bukannya isinya dengan benci-membenci, maki-memaki dan kutuk-mengutuk. Tetapi kalau kau nak sangat benci-membenci ini semua, kau bencilah Israel ke, Husni Mubarak ke, tak pun paling-paling kurang pun pergilah bencilah orang-orang yang buang sampah merata-rata tu. Ni tak. Kau pergi kutuk-kutuk, maki-maki & hina orang KELANTAN. Dah takde kerja lain ke kau ni? Sila klik di sini. Inilah perangai manusia. Boleh penuhkan hidup dengan pahala dan kebaikan, tetapi kau penuhkan hidup kau dengan dosa, kutukan, hinaan. Sebenarnya, creator kelab tu masih tak diketahui sebabnya dia menggunakan nama admin yang palsu dan aku confirm, mesti gambar yang dia jadikan profile picture tu dia cilok dari gambar orang lain. Kesian awek dalam gambar tu.hehe. Okies. Mungkin ada seorang dua orang kelantan yang kau tak suka, tapi tak semestinya kau ada hak nak kutuk keseluruhan orang Kelantan. please lah wei. 2 tahun dah aku duduk kat Kelantan dan 2 tahun jugak lah aku tak pernah ada masalah dengan orang Kelantan. Member-member ramai budak Kelantan. Tapi dorang semua ok je. Tak pernah nak cari pasal. Dah tu, yang kau nak carik pasal dengan dorang kenapa?okies. fine. Kau buktikkan yang orang Kelantan tu kasar bila dorang gadoh kat stadium. Wei! tu hanyalah 0.01% je orang Kelantan yang berperangai macam gitu. Yang 99.9% lagi?Insyallah..Mereka tu semua baik2 belaka. Tapi yang paling buat aku sakit hati, kenapa sampai makcik2 pon kau nak kutuk gak. Agak2 lah wei! Orang tua tu. Tak kan tu pun aku nak ajar nak hormat orang tua macam mana?aduyai. Mintak-mintaklah kau ni bukan orang Islam. Malas pulak aku nak tulis panjang. Bukan ape, takut pulak kalau aku memaki kau tanpa disedari.hehe. Jadi, aku harapkan kau sedarlah dengan apa yang kau buat. Insaf sebelum terlambat ea SAYANG. Dan kepada orang-orang Kelantan yang dah tengok group tu, aku harapkan korang bersabar banyak2 k. Jangan sampai korang maki2 dia sebab itu akan membuatkan korang lebih kurang macam dia je.Dan kepada korang semua!! Aku harapkan jasa baik korang untuk report page nie. Report smpai page nie kena delete ye.ape2 pon, PEACE ON YOU NIa Rashilla!! 



p/s~post ni bukan bertujuan untuk mengambil hati orang Kelantan tetapi adalah untuk menyampaikan kebenaran.




Photobucket

7 comments:

  1. sokong!!
    akak suke kelate!!
    :)
    org kelate bek2 jaa~
    org ramai prejudis dek, bese la tu~ :)

    ReplyDelete
  2. tulah paasal..bek mcam spe kak??
    bek mcam sy....btol3...hehe

    ReplyDelete
  3. saye memang baekkkkk...(blushing) hahahaha!

    ReplyDelete
  4. pikok baik?baik pikok?erk..bagi aku mase untuk pikir...

    ReplyDelete
  5. sepatutnya org kelantan yg buang sikap suka membenci negeri lain. negeri lain semua ok jer.

    hampeh blog nihh

    ReplyDelete
  6. kelantan satu satunya negeri dalam malaysia yang selalu orang anti... confirm ade something wrong lah tu..
    negeri lain steady jek...

    ReplyDelete