~TENTANG KAMI~

My photo
Blog ini aku lahirkan khas untuk aku dan si dia,tetapi tak bermakna yang ianya akan dipenuhi dengan ceritera kami berdua sahaja. apa yang ku rasa,apa yang ku fikir, apa yg ku nyampah, di sini aku luahkan, di sini aku muntahkan, di sini aku ludahkan. andai kata korang rasa benci, menyampah, meluat, tu bukan masalah aku. Cume jadi masalahnya bila korang tak nak angkat punggung korang dari kerusi komputer korang tu.paham kan?hehe..korang dah takut ke?jangan risau.blog ni tak seserius mana.macam2 korang boleh dapat. ~milik si hetam dan si puteh.tetapi hanya si hetam je yang meracau dalam blog ni.si puteh?dy malas kot~

Monday 14 March 2011

Dunia politik

Politik. Hari-hari kita dengar pasal benda ni. Tak pernah lekang dari mulut sape-sape. Mesti ada je yang bercerita atau merepek-meraban  pasal politik. Mak bapak korang ke, kawan-kawan korang ke, pak Karim atau mak cik Temah sebelah rumah ke atau paling2 tak pun dari mulut pembaca berita kat tv tu. Dan aku yakin, pasti, serta confident yang ada sebahagian dari korang tak minat pasal politik ni. Mesti rasa menyampah, meluat dan menyumpah-seranah bila dengar orang bercerita pasal politik. Kalau dah tak minat nak dengar, nak ambil tahu apatah lagi. Tapi, bagi aku tu semua hak masing-masing. Lantak korang lah, korang nak ambil tahu ke tak nak, tapi bagi aku politik ni lah yang mainkan hidup kita. Hidup kita berkaitan politik. Semuanya. Dari lampu yang  korang bukak bila korang bangun tidur hinggalah ubat nyamuk yang korang bakar sebelum tidur. Semuanya pasal politik. Politik di Malaysia senang je. Tebahagi kepada dua. Kerajaan dan Pembangkang. Aku? Buat masa ni biarlah ianya rahsia(chewah). Tapi, dalam blog aku ni, aku takkan hanya sebelah satu pihak seperti bloger2 politik yang lain. Di sini, aku akan tunjukkan kehebatan kedua-dua parti, kelemahan kedua-duanya, kegagahan dan keburukan kedua-duanya.Bergantung kepada korang nak tafsir mereka bagimana. Nak sokong yang mana. nak puja yang mana.Aku hanya orang tengah. 




                                                ~jangan sampai kita mati kat tengah-tengah~


Photobucket

1 comment: