~TENTANG KAMI~

My photo
Blog ini aku lahirkan khas untuk aku dan si dia,tetapi tak bermakna yang ianya akan dipenuhi dengan ceritera kami berdua sahaja. apa yang ku rasa,apa yang ku fikir, apa yg ku nyampah, di sini aku luahkan, di sini aku muntahkan, di sini aku ludahkan. andai kata korang rasa benci, menyampah, meluat, tu bukan masalah aku. Cume jadi masalahnya bila korang tak nak angkat punggung korang dari kerusi komputer korang tu.paham kan?hehe..korang dah takut ke?jangan risau.blog ni tak seserius mana.macam2 korang boleh dapat. ~milik si hetam dan si puteh.tetapi hanya si hetam je yang meracau dalam blog ni.si puteh?dy malas kot~

Friday 16 December 2011

Takkan Melayu Hilang di Mata: Ariff Alfian Rosli

Ariff Alfian (28 tahun) cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).
Ariff mengikuti pengajian praklinikal dari 2003-2005 seterusnya klinikal (2005-2008). Sehingga 2008 masih belum menamatkan pengajian dan perlu menyambung beberapa semester lagi.Malangnya Petronas enggan menambah tajaan 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup .Ariff enggan menyambung pengajian di Malaysia kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas. Petronas pula menuntut lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.

Pada 14 Disember 2011, Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam memaklumkan bahawa Kedutaan Malaysia dan Wisma Putra tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci Ariff Alfian kerana menghormati Akta Data Perlindungan Peribadi Dublin. Ibu Pejabat Imigresen Republik Ireland tidak boleh memberi maklumat berkaitan Ariff Alfian kepada ibu bapanya kerana terikat dengan akta tersebut. Status Ariff Alfian di Dublin sah termasuk dari segi visa dan segala dokumennya juga sah. Semua sah, tiada kesalahan. Justeru, beliau dibenarkan untuk menetap di negara ini.
Sejak 2009, bapanya, Rosli Haron (56 tahun) cuba mengesan lokasi anaknya yang putus hubungan tetapi gagal. Rosli Haron menerusi akhbar Utusan Malaysia pada 13 Disember 2011 melaporkan anaknya itu hilang dan bimbangkan akidahnya. Bahagian Konsular dan Bahagian Eropah Wisma Putra telah menerima laporan kehilangan pada 2009. Rosli Haron adalah pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkhidmat selama 31 tahun.

Dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.
Malangya Ariff Alfian tidak mahu berjumpa pihak kedutaan mahupun keluarganya. Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa mahukan maklumat terperinci mengenai bekas pelajar UCD itu daripadaPetronas , masyarakat Malaysia di Dublin. Pelajar terbabit pernah pulang ke tanah air pada pertengahan 2009 untuk meneruskan pengajian di universiti tempatan.Tapi Jun 2009, dia kembali semula ke Ireland dan terus menetap di republik tersebut dengan rekod perjalanan yang sah.

Dan semalam, mamat ni semakin memanaskan nama dia dengan penemuan gambar2 dia yg menunjukkan dia telah berkahwin. berkahwin tu takpe bro. aku tak kisah pun. tapi yang kisahnya, dia berkahwin dengan teman lelakinya. yeah! THIS IS BEST BRO.
 yeah!!ini yang kita nak tengok. tapi apa pun, respect aku masih untuk kw, sebab kau tak lupa baju melayu kw , tapi maki-makian aku juga untuk kau..

wedding of the century...


so sweet....


alamak..senyum smpai ke telinga seyh..semoga berbahagia hingga ke anak cucu..tapi cam mana korang nak wat anak?


sumber:rotikaya






Photobucket

Wednesday 30 November 2011

Nisbah antara Guru dan Murid di Malaysia pada 2010

STATISTIK DARI KPM SEHINGGA 30 JUN 2010

Sekolah Rendah:     7,714
Sekolah Menengah: 2,282
Jumlah:                    9,996

Bilangan Murid(Enrolmen):
Pra Sekolah:         178, 622
Rendah:                2,860,340
Menengah:            2,327,427
Jumlah:                 5,366,389 

Bilangan Guru:

                         Lelaki                     Perempuan
Rendah             71,393                     163,261
Menengah         55,455                    121,933
Jumlah             126,848                   285,194

Sumber Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia




Jadi, secara nisbahnya seorang guru sekolah rendah akan mengajar 13 pelajar dan begitu juga dengan seorang guru sekolah menengah akan mengajar 13 pelajar.





Photobucket

Apa Itu SBPA 2012?


Kalau diikutkan pada informasi dari website JPA ini, dikatakan yg pekeliling SBPA akan dikeluarkan pada hari ini, tapi aku check pagi tadi, masih takde lagi pekeliling itu. Mungkin, esok lusa kot. Takpe. Kita bersabar ya. Lagipun lambat lagi kot kita nak jadi penjawat awam ni.hehe


So, seperti yang kita tahu, Dewan Rakyat telah pun meluluskan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 yg meliputi Gaji Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)  yg menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM). Mula-mula aku tak berapa faham gop pasal SBPA ni, sebab kalau nak ikutkan details yg ada dalam SSM tampak lagi mudah daripada SBPA ni, tapi setelah menyelam dalam, usha website CUEPACS, barulah aku faham. Ni antara maklumat berkaitan dengan SBPA baru yang telah dilaksanakan menerusi Belanjawan 2012.


1. EXIT POLICY



Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti . Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan "PERKS" yang lumayan.
Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.
Dan dari apa yg aku faham, pada mulanya skim EXIT POLICY ini tak terdapat pun dalam SBPA yg dibentangkan dalam Belanjawan 2012, tapi setelah didesak, di-semakkan, dikusutkan oleh seorang ahli pembangkang yg terlalu sangat nak ikut polisi kerajaan China, jadi skim ini akhirnya dimasukkan. tapi positifnya, buat apa perlukan pekerja yg tak mampu bekerja?

2.  Pengredan Semula Jawatan
Lapisan gred akan diwujudkan.
-Premier (BARU)
-Jusa
-Pengurusan Tinggi
-Pengurusan dan Profesional
-Pelaksana(BARU)
Gred Premier dan Pelaksana merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.

3. Penilaian Markah Penjawat Awam
Untuk sistem SBPA yg baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam.
-Markah 95% keatas- kenaikan gaji adalah 15%
-Markah 85%-95%- kenaikan gaji adalah 8%
-Markah 75%- tiada kenaikan
-Markah 70%- disyorkan tamat perkhidmatan

Orang kata SBPA ni macam perangkap samar, korang rasa? Tapi standard lah bro, takkanlah nak hidup senang dengan cara senang je kot.  


Photobucket

RIBUT DUNIA'S TEES


RIBUT DUNIA












p/s: tak jumpa lagi printing company yg boleh print dgan harga yg berpatutan. Cam mane ni bro?

Photobucket

Friday 11 November 2011

Aidiladha dah tak sama?terima je...

Aku memang saje je nak cerite lambat2 aidiladha aku tahun ni. Bukan apa, cuma aku nak buat korang tertunggu-tunggu je.Jadi disebabkan aku rasa macam kesian kat korang kan,jadi, dengan rela hati aku akan bercerita. Hari ni hari jumaat kan? Aidiladha kita ahad lepas kan? Kesian. 5 hari korang tunggu.HEHE.....


Tahun ni aku beraya kat kelantan. tak balik johor. 2 sebab kenapa aku tak balik. Mudah. Bersebab. Sebab baru minggu lepas aku balik kampung dan sebab kedua, raya gua dah tak samalah bro! Buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku tak beraya di rumah sendiri.


Pagi raya tu, untuk pertama kalinya, aku belajar untuk bangun sendiri. Sudah tak harapkan suara mak untuk kejutkan aku. Sangat2 lain.  Cuba bayangkan, 20 tahun aku sambut raya, aidilfitri dan aidiladha, setiap pagi raya tu mesti mak akan kejut aku seawal 6.00 pagi. Memang awal sesangat lah. Tapi tahun ni, Aidiladha ni, aku bangun sendiri. Memang tak biasa, tapi, nak tak nak aku kena biasakan kan? Sebab ini akan berterusan.








So, pagi tu, aku pergi ke masjid bersama denga Paliaq. Hajat di hati nak tolong bukak pintu masjid, tapi sampai2 je jemaah semua tengah sembahyang. Pergh. Awal giilers. Standard kalau tempat aku pukul 8.30 baru sembahyang, bukan pukul 8. Huish. Cultural shock ni. Apa lagi aku driftly park moto aku depan pintu tandas masjid, terus lompat masuk. Selamat. Baru rakaat pertama. Kalau tak hilang makna aidiladha aku tahun ni. Dan lepas sembahyang raya,macam biasa, khutbah. Ni lagi satu cultural shock pada aku. Tempat aku kalau khutbah raya paling lama 15 minit kot, tapi kat masjid tu 40 minutes.Osh. Tapi selamat aku ni jenis yg suka dengan benda2 yg berilmiah ni, aku menerima dengan hati yg tertutup terbuka.


Settle khutbah, aku terus cakap kat Paliaq, "cari makang jom. Aku dah lapar gilers vavis ni". Paliaq pun on-kan je. Aku pun cariklah warung dekat2 dengan rumah aku. Aduyai. Satu warung pun tak bukan. Huish. Kemonlah. Aku lapar ni. Kesian six-packs aku ni. Aku punyalah expect pagi2 raya gitu adalah mak cik2 yg jual ketupat ke, nasi himpit dengan kuah kacang ke.Pergh. Masa tu aku memang mengidam gila. Berapa bulan? 2 bulan baru.huhu. Nasi himpit+kuah kacang.


                -inilah perut aku yang tak boleh terima kenyataan-




Jawabnya, aku pulang ke rumah dengan perut yg lapars gilers vavis. Sadis gilers mases tus. Hehe. Dalam pukul 9.30, aku mesej member aku, si hafiz. "hafiz, kitorang lapar.Nak makan" Hafiz pun membalas sistem pesanan ringkas aku, "datang jelah" aku pun apa lagi, terus ajak budak ni pergi rumah hafiz. Aku punyalah ingat rumah si hafiz ni dekat. Rupa-rupanya setengah jam wok. Gilers lah.


Tapi, bak kata omputeh, "every sacrifice has a fruitful reward"..sampai2 je rumah hafiz, tak sempat aq nak park motor, mak dia terus panggil kitorang makan. Pergh. Terharu di situ ye. Nasi lemak telah siap terhidang di atas meja. Tapi yang paling aku tak boleh blah, ade nasi himpit dan kuah kacang ue!!Alhamdulillah..Berbunga-bunga hati gua masa tu..hehe..dan lagi satu yang best, first time kat kelantan aku jumpa nasi lemak yg betul2 nasi lemak. Walawei. Banyak sedap ma.....Tenga syok2 makan ue, mak hafiz suruh kitorang semua pergi tengok lembu yang nak disembelih. Terpaksa aku meninggalkan nasi lemak yang tak sabar nak masuk perut aku tu.


Apa yang aku rasa pertama kali aku tengok adalah bila pak cik tu belah perut lembu tu. Cuba kau teka apa yg ada dalam perut lembu tu masa tu?


Ada rumput tu.Rumput2 yg tak habis hadam. Haha. Agak memberi kejutan jugak lah pada aku masa tu. Selamat rumput, kalau ada baby kat dalam tu?haiyaa..


Lepas puas tengok lembu tu, kitorang masuk balik rumah hafiz. Sambung makan. dan sambung tambah nasi juga..hehe..


Bosan pulak tetiba..esok lusa lah wa sambung cerite..







Photobucket

Sunday 2 October 2011

mak..
ijan rasa sangat kosong hari ni
rasa macam sorang2 kat dalam dunia ni
kalau mak ada,mesti boleh cakap dengan mak,
boleh borak2,
walaupun ijan tak beritahu masalah ijan kat mak,
tapi...
mesti ijan rasa tenang, rasa hepi bila dapat bercakap dengan mak,
rindu sangat kat mak
:-)



Photobucket

Wednesday 21 September 2011

you are always in our hearts mak



Singkap kembali detik akhir bersama
Linangan airmataku menitis
Dalam pelukan dakapan yang terakhir
Mengalir darah membasahi bumi
Pergi yang tak kembali untuk selamanya
Segar indah namamu di hatiku

Perjuanganmu bagai lilin membakar
Bersinar menerangi kegelapan
Rela berkorban meredah onak berduri
Jasa baktimu sejernih air di kali
Bersemadilah engkau aman di pusara
Sinar cahaya murni keramatmu
Berjihad biar menitis oh darah terakhir
Menjadi lambang cinta yang terluhur

Sayu dan pilu bermain di jiwaku
Hilang mu kini tiada pengganti
Hanya namamu tersemat di kalbuku
Menjadi satu kenangan abadi








Photobucket

Tuesday 20 September 2011

Mak Sentiasa Ijan Ingat.....

      Jumaat, 9 September 2011, hari terakhir aku ber-SBE untuk semester ni. Bila aku pulang dari sekolah, aku tengok tiada siapa di rumah. Macam biasa aku panjat pagar rumah dan aku masuk ikut jendela bilik aku. Aku tak hubungi pun bapak aku coz aku ingat mungkin dia keluar makan dengan mak. 10 minit lepas tu, bapak aku balik. Dia kata mak ada kat Unit Kecemasan sekarang. Jangan ditanya macam mana perasaan aku masatu. Aku nak sangat pergi ke hospital waktu tu tengok mak aku, tapi bapak suruh duduk di rumah tunggu Atul (adik bongsu aku) pulang dari sekolah. Dalam pukul 2 petang, aku dan adik pergi ke hospital. Tengok mak aku. Bapak aku cakap mak ada dalam unit kecemasan dan aku terus masuk ke situ. Aku mintak kebenaran doktor yang bertugas waktu tu. Mak terbaring kat atas katil. Berbaju kurung kuning. Aku kejut mak aku. Perkataan pertama yang keluar dari mulut dia, "ijan". Sayu sangat aku waktu itu. Mak tercungap-cungap bila nak bercakap waktu tu. Cuba kau teka apa yang mak aku nak cakap waktu tu? Dia sibukkan pasal kuih raya yang dia dah reserve-kan untuk aku. Cuba kau bayangkan, saat2 di sakit masa tu, saat2 dia tercungap2 waktu tu, mak sibukkan pasal aku. Mak langsung tak kisah pasal diri mak. Mak suruh aku bawak balik kuih raya yang dia simpankan untuk aku. Aku tak tahu macam mana, tapi bila aku menjawab soalan mak, aku macam tengah menangis. Aku cakap kat mak, aku tak nak balik hari tu, aku nak balik keesokkan harinya. tapi mak suruh balik hari tu jugak. Mak cakap kesian kat member aku tu kena balik sorang2. Aku cium tangan mak, aku cium dahi mak. Kemudian aku mintak kebenaran dari mak aku nak balik dulu. Dan aku cium tangan mak sekali lagi dan aku cium dahinya sekali lagi, begitu jugak dengan Atul. Kemudian aku jumpa bapak aku, aku pesan pada dia supaya beritahu aku pasal keadaan mak nanti. Dan sebelum tu, doktor betugas di Unit Kecemasan, memberitahu aku yang mak kekurangan air dalam badan. Dan dalam pukul 3, aku pun bergerak ke Kuantan bersama dengan Ammar. Pertama kali dalam hidup aku, kepulangan aku tak ditemani oleh sesiapa. Tidak ada mak ataupun bapak yang melambai pemergian aku.

        Sabtu, 10 September 2011, angah memberitahu aku yang mak telah di hantar ke Hospital Sultan Ismail kerana facilities di hospital tu yang lebih lengkap. dan malam tu, aku hubungi angah untuk bercakap dengan mak. Perkataan pertama yang keluar dari mulut mak,"ijan?". Aku ingat lagi dan aku takkan lupakan suara tu sampai bila-bila. Saat tu jugak, aku dapat dengar mak masih tercungap-cungap lagi. Dan kemudian aku dengar suara angah. Angah cakap yang mak takleh cakap sangat sebab mak tercungap-cungap dan mak guna alat bantuan pernafasan. Hanya satu perkataan je yang aku dengar dari mak, tapi aku bersyukur. Malam tu, aku hanya mampu berdoa.

       Ahad, 11 September 2011, angah beritahu yang mak terpaksa di masukkan ke dalam ICU. Tetapi bapak dan along tak maklumkan pada aku pasal benda ni sebab mereka tak nak aku risau. 

        Isnin, 12 September 2011, aku hubungi bapak pada petang tu. Aku tanya bapak macam mana dengan keadaan mak. Tapi bapak tak jawab. Aku dapat dengar bapak macam tengh menangis. Bapak mintak aku balik malam tu jugak. Bila aku tanya lagi macam mana dengan keadaan mak, bapak masih tak menjawab. Dia mintak sangat aku balik malam tu jugak. Akut terus peegi cari tiket kat bandar Pengkalan Chepa, tapi kaunter semua dah tutup. Dalam pukul 7, angah call. Dia menangis-nangis. Dia cakap mak kritikal. Semalam malam, tekanan darah mak menurun secara mendadak. Angah mintak aku balik malam tu jugak. Selepas buka puasa, aku terus ke stesen bas transnasional di Parkson. Hurm. Bas ke kota tinggi dan johor, baru je bertolak. Aku pergi pula ke stesen bas tesco. Alhamdulillah. Ada satu bas ke johor yang akan bertolak dalam masa 10 minit. Dalam bas, macam-macam perkara yang aku fikirkan. Astafirullah....

      Selasa, 13 September 2011, bapak jemput aku kat terminal bas Larkin. katanya, bapak berada di hospital sepanjang malam. Aku dibawa pulang ke rumah. Dalam pukul 11 tengah hari, aku ikut bapak aku ke hospital. 30 minit perjalanan. Sampai je di ruang legar ICU, aku jumpa abang sarip. Dia langsung tak bercakap dengan aku. Aku masuk dalam ICU bersama bapak aku, dan untuk pengetahuan kau, cuma dua orang pelawat je dibenarkan masuk pada satu2 masa. Aku masuk. Aku tengok mak. Allahu Akbar! Aku tak percaya dengan apa yang aku nampak. Mak terbaring kat atas katil. Dan berpuluh tiup disambungkan pada mak. Di kepala, hidung,mulut, dada, kedua-dua tangan mak dan kaki mak. Bapak cakap doktor dah bagi ubat tidur pada mak dari Ahad lagi. Aku pegang tangan mak, aku usap tangan mak. Ya Allah, begitu kesian sekali aku tengok mak, aku tengok muka mak. Aku dapat rasakan bawah mata aku panas waktu aku. Kemudian bapak ajak aku keluar sebab katanya adaik-beradik aku yang lain nak tengok mak. Setengah jam kemudian, aku masuk lagi. Aku masuk dengan along aku. Aku memerhatikan je mak waktu tu. Aku pegang tangan mak, aku pegang jari2 mak. Aku dapat rasakan yang jari2 mak masa tu sangat2 keras. Along beritahu jari mak keras sebab mak dah lama tak tangan. Along tunjukkan jari2 mak sebelah kiri. Setiap jari ada bekas suntikan. Ya Allah...Kemudian aku lihat along bercakap2 dengan mak. Walaupun mak tengah tidur, tapi kami percaya, mak masih mampu dengar. Kemudian, aku cium dahi mak, aku cium tangan mak. Aku berbisik pada mak, aku berjanji yang aku akan melawat mak lagi pada waktu melawat petang nati. "Ijan sayang mak". Aku menemani along ke kafetaria. Along beritahu yang adik aku, Pipi, akan balik hari ini dari Sarawak dan along beritahu jugak, sudah 3 hari adik aku, Atul tak dapat melawat mak sebab dia masih bawah umur lagi. Tapi along cakap, esok abang sarip akan mintak kebenaran dari ketua doktor untuk bawak atul masuk jumpa mak. Waktu melawat pada waktu petang adalah dari pukul 4.30 hingga 7 petang. Aku masuk lagi petang tu tengok mak ditemani along. Tak puas rasanya aku pegang tangan mak. Aku usap2 tangan mak, aku bermain2 dengan jari mak. Sayu aku lihat mak. Begitu seksa rasanya, bila aku hanya mampu melihat mak tanpa mendengar sebarang perkataan pun dari mulut mak. 

          Malam tu, aku dan adik-beradik aku sampai ke rumah dalam pukul 9 lebih. Bapak mintak aku dan abang ipar aku, abang zailan, untuk berada di hospital malam tu. Dalam pukul 11, aku dan abang zailan bertolak ke hospital. Sampai je di hospital, Abg zailan mintak kebenaran dari pengawal untuk masuk ke bahagian ICU, tetapi pengawal tersebut tak benarkan. Dia kata, pelawat cuma boleh masuk hanya apabila dihungi oleh doktor sahaja. Aku dan abg ipar aku bercadang untuk tidur di dalam kereta sahaja.

         Rabu, 14 September 2011. 1.57 pagi, aku tersedar dari tidur disebabkan bunyi kol dari henfon aku. Dari bapak. Bapak suruh aku n abg iparku naik ke atas sekarang jugak. Aku pun pergi. Mintak kebenaran dari pengawal dan aku terpaksa menunggu pengawal tersebut meminta kebenaran dari pengawal di bahagian ICU. Sampai je aku dalam ICU, aku lihat ramai nurse berada di katil mak. Aku berdiri lebih kurang 5 meter dari katil mak. Doktor mintak aku duduk dulu. Dia beritahu yang tadi tekanan darah mak jatuh secara mendadak dan selebihnya aku tak dengar lagi. Aku lihat linangan air mata di muka abang ipar aku. Dia pegang bahu aku, dan aku dapat dengar dari mulut abang ipar aku yang mak dah takde. Allah Akbar!! Aku tak percaya langsung dengan apa yang aku dengar tu. Doktor benarkan aku untuk tengok mak. Aku pergi ke katil mak. Aku terduduk atas lantai. Aku masih ingat. Aku pegang tangan mak, dan aku menangis di atas tangan mak. Aku masih ingat lagi soalan2 dan apa yang aku cakapkan pada diri aku waktu tu. Aku masih tak percaya lagi dan masa tu aku masih lagi terkejut. Seminggu sebelum hari itu, aku masih ingat lagi mak masakkan aku telor masak lemak dan sambal tumbuk. Aku ingat bila aku mintak mak supaya buat banyak sikit sambal tumbuk tu. Masa aku tengah menangis tu, seorang doktor perempuan datang pada aku. Dia mintak aku supaya jangan menangis kerana ia akan menyeksa arwah mak.   Aku amik surah yassin yang ada dekat dengan katil mak dan aku bacakannya. Semasa aku tengah baca, seorang nurse datang dan mintak kebenaran untuk membersihkan mak, untuk cabut tiub2 yang ada pada badan mak. Abang ipar aku benarkan dan aku pergi menunggu di hadapan pintu bilik ICU tu. 5 minit lepas tu abang sarip dan kak azliya datang. Dorang pergi ke katil mak. Aku dapat lihat, aku dapat rasa kesedihan dalam diri abang sarip. tak lama lepas tu, bapak aku sampai. Dia menangis. Pertama kali aku lihat dia menangis. kemudian angah, abang wan, abg imran, kak im dan wafiq sampai. Kemudian, dua lelaki yang bertanggungjawab dalam urusan jenazah di hospital tu, mintak kebenaran dari bapak untuk bawak ke bilik mayat. Aku iring jenazah mak. Aku tak nak tinggalkan mak sorang2. Aku teman jenazah mak masa dalam bilik mayat tu. aku pegang kaki mak yang dah ditutup dengan kain putih. Masa tu dalam pukul 3.30 pagi. Kak Im dan Abg wan sampai. Kak im memberitahu yang ustazah yang akan memandikan mak akan datang pada pukul 8. Bapak mengajak aku pulang untuk membuat persiapan di rumah. Ikutkan hati, aku tak nak balik rumah, aku tak nak tinggalkan mak. tapi aku teringat pada adik2 aku kat rumah. Aku ingat lagi. Waktu tu, hujan renyai2. Sampai je di rumah, pipi dan atul tengah baca yassin. Selepas subuh, rumah aku mula dikunjungi dengan saudara-mara aku. Pukul 10 tepat, van jenazah sampai ke rumah aku membawa mak. Aku, bapak, abang2 aku, adik aku, dan sedara-mara aku yang lain mengangkat jenazah mak masuk ke dalam rumah dan diletakkan di tengah2 ruang tamu. Kain penutup muka mak dibuka dan anak2 mak dan adik-beradik mak dibenarkan untuk mencium mak. Atul yang pertama sekali cium mak. Hiba sangat keadaan masa tu. Tapi, aku tak nak menangis. Aku tak nak menangis depan mak. Kemudian, kakak2 aku dan abang2 aku mencium mak. Aku cium dahi mak dan pipi mak. Sejuk bibir aku bila cium mak. Harum mak masa tu. Tak berbau kapur barus langsung dan aku lihat tenang muka mak masa tu. Kemudian aku sebutkan sesuatu kat telinga mak. Aku akan ingat sampai bila ayat2 tu dan aku akan jadikan ia kenyataan. Kemudian, dalam pukul 11.30  mak dimasukkan semula ke dalam van jenazah. Aku masuk sekali ke dalam van tu. Aku nak ada dengan mak. Mak dibawa ke masjid untuk disembahyangkan di sana. Selesai sahaja sembahyang, van jenazah tu membawa mak ke kubur. Di sana, aku berada di sisi mak apabila mak di masukkan ke dalam liang lahad tu. Aku ambil cangkul, dan aku timbus tanah ke dalam liang lahad tu. Selesai sahaja kubur mak ditimbus, talkin mula dibacakan dan selesai sahaja talkin, aku adik beradik dan bapak, tuangkan air bunga ke atas kubur mak.......

Aku tak percaya
Jumaat 9 September 2011, adalah kali kali terakhir aku dapat bercakap dengan mak
Sabtu 10 September 2011, adalah kali terakhir mak sebut nama aku
Selasa 13 September 2011, adalah kali terakhir aku tengok mak masih mampu bernafas
2011, 1432 adalah tahun terakhir aku beraya dengan mak

Rabu 14 September 2011, 16 Syawal 1432, 2.07 pagi
Aku akan ingat tarikh dan masa ni..
tapi apa yang pasti,

aku percaya,
semua orang akan pergi bertemu Allah,
bezanya cepat atau lambat,
begitu juga dengan aku,
dan aku percaya,
perpisahan ini hanya sementara.

aku: atul tak sedih ke?
atul: atul sedih, tapi nak wat macam mana. Allah lagi sayang mak.



Mak memang susah nak senyum bila bergambar..hehe...
Mak pergi pada umur 55 tahun dan 4 hari.... 

Al-Fatihah kepada arwah mak, Misiah Binti Sabari yang telah kembali ke rahmatullah pada 16 Syawal 1432. Semoga roh mak ditempatkan di kalangan orang2 beriman, para sidiqin dan syuhada. Amin




Photobucket

Saturday 14 May 2011

Silent Comedy.....

Sebenarnya aku tengah kecewa dengan apa yang jadi pada maharaja lawak minggu 7. Amir tersungkur. Memang aku dah tak layan Maharaja Lawak dah lepas ni. Maharaja lawak bukan "Maharaja Lawak" lah kalau Amir takde. Tak tahu mana silapnya. Bukan rezeki dia kot. Tapi "sejujurnya" aku kecewa sebab Amir terpaksa meninggalkan Maharaja Lawak. Takpelah Amir. Mungkin bukan rezeki kau. I'm sorry. hehe. Anyway, minggu lepas masa Maharaja Lawak yg keenam tu, bila abg Ahmad Idham kata kena buat silent comedy untuk minggu depannya, aku apa lagi, memulakan silent comedy aku. akhirnya siap.  Tribute for Amir. NGEE3!!!




Photobucket

Saturday 30 April 2011

bukan senang nak carik makan....

Semenjak dua menjak ni, aku sangat2 lah sibuk. Sibuk dengan diri sendiri, sibuk dengan study(insyallah) menyibuk dengan Si Puteh, dan sibuk carik duit. Menyibuk carik duit? hurm..nak buat macam mana. Duit bukannya pernah bertambah, makin berkurang adalah. Lagi sebulan kot kat sini. Nanti balik, nak duit lagi. Tiket bas dah lah 59.00. Peh. Mahal siot. Nak tumpang orang, malu lah pulak. Huhu. Sol, terpaksa lah aku carik duit untuk menanggung kehidupan aku kat sini. Yang terbaru ni, aku ambil job tolong edit gambar kawin sepupu member aku. Insyallah, dua tiga hari siap lah. Bukan senang nak carik duit. Ikutkan hati, nak je aku rompak bank yang berdekatan ni.











nilah antara gambar2 yang aku dah edit. Gambar2 yang akan beri makan pada aku. Hehe. Ada masa, wa datang lagi. lu tunggu..

Photobucket

Tuesday 26 April 2011

hahhh??COPYCAT sehhh!

hye uollls~
esok aku ada exam..tp mende byk lagi yang tak baca..
itu memang perkara yg wajib diriakkan ye..

chill man..chill~
exam tu semua dunia je tu..tak perlu lah nak pikir sgt kan..hahah!

mlm td lah kan..tengah aku semangat nak study..tetibe je aku dikejutkan dengan satu berita pasal copycat nie..
dengar je aku pasal berita tu..semangat aku nak study pun apa lagi..melayang camtu je di bawa angin malam..
ciss kau peng-copycat-..

ok guys..what's copycat?
menyalin kucing kah?kucing disalin kah?ataupun meniru perbuatan kucing?
salah!salah! dan salah!!

copycat tu cam nak tiru sebijik sejebon cam org lain..
helloo~
can u plis find ur own identity?
y must we be somebody else?
dun u proud of being urself?

sape eh yg aku cakap n ie?sape?sape...

sape lagi kalau bukan 1st n evah malaysian grup yg nak tiru k-pop..
they want to be known as g-pop u..
hohemjey..
wut g stands for?
gay?girl?haha..
series grup ni mmg buat aku gelak guling guling malam td.. XD
okey..
fine lah!kalau korg nak cuba sumthing fresh for malaysian music industry..
but..plish dun remark urself as another k-pop band in malaysia..
dah la tu..siap nak tiru SUPER JUNIOR kesayangan aku tu punya 'hand move' lagi..
memang melaupau la kan...

nama grup nie 24:7...dun u notice dat they hv quite similar name wif 24/7??
adoyai...xkan lah nama group pun kau org nak tiru?xde nama lain ke??aishhh~

fine...okey..aku pun dok la p search lagu dorg..mana la tau lagu besh...bleh gak la aku nak suka kan...hahha..
tp...hampeh!!dorg nie x debut ag...
tp dah siap buat fan page kat fb...
gila glamour ke hapa??

aigooooo~

jom cekidaut jap gamba dorg nie..siahhhhhhh~~~


budak2 nie gak nak tiru U-KISS la plak... @.@'



the real 24/7...lain bebeno ngan si copycat tu...yg ni hemsemm~ Awwww..mak syuke u~



memang aku rasa nak debik sorg2!!berani tiru suju~cisssss lagi!



tolong lah jangan perasan nak jd TAEMIN ok!!hengkau tu tidak lah sebest taemin... fakroll betol!



walau pun one of member group nie my ex skulmate...tp aku memang amatlah tidak dapat terima kenyataan dorg nie nak jd k-pop malaysia!!




p/s : tolong doakan aku exam esok..heheheh..



Photobucket

Monday 25 April 2011

kecewa syal...

tak sume kawan boleh jadi kawan..
kecewa syal..
selama ni kalau wa nak keluar, nak pergi makan..
mesti wa ajak lu..
kalau lu tak mintak pun,
wa akan belikan makanan untuk li
tapi kalau lu?
lu keluar bodoh-bodoh gitu je..
tak pe bro..
selagi boleh bersabar,
wa akan bersabar..
hehe..



Photobucket

Monday 11 April 2011

Ini ceritera tentang si puteh.

SANG BIDADARIKU

Padaku hadirmu,
Ibarat suatu keajaiban
Yang sukar diungkap
Yang sukar ditafsir
Yang datang bersinar padaku
Di balik kabut pagi.
Tidak perlu ku tunggu hujan
Tidak perlu ku tunggu sang mentari
Kerna aku tahu
Kerna aku sedar
Kau sentiasa di sini
Ku sentiasa di hati
Itulah bezanya kau dengan si pelangi
Baru sahaja aku meluahkan cintaku padamu di dalam diariku
Kini aku meluahkannya lagi di puisi ini
Seakan-akan cintaku padamu
Tiada penghujung
Tiada penghabisan
Kerna aku tahu
Kerna aku sedar
Cintaku padamu sentiasa ada
Walaupun jasad telah binasa
Kerna kaulah sang bidadariku…






Kalau kau tengok kat bawah tu, kau akan nampak yang kami telah bersama untuk 11 bulan 3 minggu.. Insyallah. Seminggu lagi, genaplah setahun usia perhubungan kami. Huhu. Rasa macam cepat je masa berlalu. 

Si puteh. Aku mula kenal dia masa sem pertama aku di IPGM. Pertama kali, aku perasan kewujudan dia, adalah semasa kami menderma darah di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Ops! Bukan kami. Tetapi aku yang menderma darah. Aku ingat lagi masa tu. Selalunya sebelum derma darah, nurse akan ambil sedikit darah dari jari kita untuk memeriksa jenis darah.

Kawan si puteh: Wei. Pergilah check darah kau tu.
Si Puteh: Tak nak lah aku!! Aku takut darah! (sambil buat muka macam nak nangis)
Aku(dalam hati): Poyo gila minah ni. Nak derma darah, tapi takut darah. EEEUUW!!

Haha. Serius. Aku tak tipu. Aku ingat lagi benda tu. Lepas kami dah bersama dulu, Si Puteh ada cerita kat aku kenapa dia mula tertarik pada aku. Dia beritahu aku, masa derma darah tu, aku sangat2 "gentleman" pada dia, sebab aku bagi dia check darah dulu masa kami tengah beratur dulu. Hehe. Dia tak tahu, yang aku giler-giler kutuk dia masa tu. -_-


Tak lama lepas tu, aku dapatkan no. phone dia dari classmate dia dan dari satu kami mula ber-sms dan ber-kol2. hehe. Mcam neherem! tapi...


Si puteh. Bukan senang kot kami nak bersama masa tu. Macam-macam masalah. Sebenarnya, masalah-masalah tu semua aku yang carik sendriri. tapi biarkan masalah tu, aku tak nak cerita. Biarlah jadi kenangan.


Alhamdulillah. Akhirnya kami dapat bersama hingga ke hari ni. :-) Tapi hari ini, tak berapa best sangat. Sebab dia tengah merajuk dengan aku. Alorh. Biasalah tu merajuk. Hobi dia. Hehe. Macam mana Si puteh tu? baik tak dia? Penyayang tak dia? Cantik ke dia? macam mana wanita impian yang selalu korang mimpikan tu, macam gitulah si putih aku. Peace yAw!!



ye...aku tahu suara aku tak sedap, tapi, perlu ke aku kisah bile hati ni memang dah jadi milik untuk dia??





p/s~Good luck awak untuk MUET. Jangan risau. Saya yakin awak boleh buat. Dan awak kena tahu, walaupun saya tak ada dengan awak masa awak ambil MUET tu, tetapi hakikatnya saya sentiasa ada dalam hati awak. Tak kira di mana dan bila, saya sentiasa berada di situ.:-)Anyway, puisi and video tu adalah hadiah anniversary dari saya untuk awak.-_-



Photobucket

Friday 8 April 2011

Bahasa Melayu Komunikatif

Peperiksaan Ujian Akhir Kursus Bahasa Melayu Komunikatif WAJ 3115
17 April 2011

~Format pengagihan soalan~

Pensyarah aku pesan:
1. Banyakkan membaca gaya bahasa. Soalan struktur banyak keluar gaya bahasa.
2. Bahagian C, soalan esei, pilih satu je.
2. Bahagian C, buat esei tu biar ada BANYAK perenggan, JANGAN ada satu perenggan je.



Photobucket

tutorial: buat header blog versi 1

Okies. Kali ini, aku akan tunjukkan pada kau macam mana nak buat header blog. Menggunakan PHOTOSCAPE. So, first thing first, you must download the software at PHOTOSCAPE. Lepas dah download, kau install dan bukak software photoscape tu.

~lepas dah bukak PHOTOSCAPE, klik pada editor~

~klik pada MENU di atas dan klik pada NEW PHOTO~

~masukkan size header kau pada width dan height. size standard yang selalu aku guna untuk header aku adalah width:800, height:400

~kli pada add picture di bawah, dan masukkan gambar yang kau nak guna untuk header kau~

~Kemudian kau boleh crop, rotate, adjust contrast and brightness dan apa2 je yang kau nak untuk gambar kau tu. Yang ni, kau kena explore sendiri, tak kan semuannya aku nak ajar.-_-~

~lepas tu pandai-pandailah kau pilih font, color font, shadow semua tu. Ingat! Kau kena explore ni semua. Jangan risau. Takkan sesat!. Akhir sekali, kau save-lah header kau tu.~

~SIAP!sangat2 mudah kan. aku buat header ni tak lebih dari 10minit.hehe~


So, macam mana?kau rasa kau boleh buat? Kalau ada tak paham pape, beritahu aku. Next time aku akan ajar macam mana nak buat header transparent pulak.

p/s~smart gak kalau pakai header warna pink. Tapi..takde SI PUTEH..so, tak chanteklah....


Photobucket