~TENTANG KAMI~

My photo
Blog ini aku lahirkan khas untuk aku dan si dia,tetapi tak bermakna yang ianya akan dipenuhi dengan ceritera kami berdua sahaja. apa yang ku rasa,apa yang ku fikir, apa yg ku nyampah, di sini aku luahkan, di sini aku muntahkan, di sini aku ludahkan. andai kata korang rasa benci, menyampah, meluat, tu bukan masalah aku. Cume jadi masalahnya bila korang tak nak angkat punggung korang dari kerusi komputer korang tu.paham kan?hehe..korang dah takut ke?jangan risau.blog ni tak seserius mana.macam2 korang boleh dapat. ~milik si hetam dan si puteh.tetapi hanya si hetam je yang meracau dalam blog ni.si puteh?dy malas kot~

Tuesday 22 March 2011

Bernafas di sekolah (bahagian 2)

Hari kedua aku di Sekolah Kebangsaan Laksamana. Alhamdulillah. Hari ni lagi best kot dari semalam. Hehe. Best sebab apa?Entahlah. Aku pun tak tahu. Hehe. Hari ini sampai hari jumaat adalah hari peperiksaan bagi darjah 2 hinggalah darjah 5. Dan apa yang aku buat hari ini? Pagi2 tadi, lepas je settle kehadiran, aku di beri sehelai "tiket wayang".



"Tiket wayang" tu, ingat senang2 ke boleh dapat? Kira baguslah tu. Daripada aku tak buat apa2, lebih baik aku masuk kelas. Jadi pengawas peperiksaan gitu. 3 kelas dan 3 jam hari ni. Haha. Aku lupa nak beritahu. Dari semalam dan hari ini, aku bawak satu watak. Watak apa? Watak cikgu yang garang. hehe. Bukan apa. Aku ingat lagi pesan cikgu2 sekolah lama yang aku pernah mengajar dulu. "Din,awak kalau masuk kelas, jangan sesekali senyum. Bila awak masuk kelas, awak suruh semua berdiri, dan awak cuma benarkan mereka duduk bila mereka semuanya senyap. Biarkan mereka takut dengan first impression tu. Sebab kalau mereka tak takut, mereka akan pijak kepala awak. Biarkan mereka takut, biarkan mereka ada hormat dengan awak". Bagi aku, in the first place, biarkan mereka takut dengan kau. And then, kalau kau nak buat lawak ke, nak senyum2 dengan mereka ke, itu takpe. So, berbalik kepada kena relief kelas tadi. Okies. Untuk pengetahuan korang, Cergas adalah kelas pertama(kelas budak2 pandai), Jaya(sederhana pandai), dan Maju(insyallah mereka akan pandai). Alhamdulillah. Kelas yang aku jaga hari ini semuanya tiada masalah(mungkin sebab dorang takot dengan aku.hehe). Tapi,serius tak tipu, sakit kaki aku tadi. Yelah. Aku tak duduk langsung masa jaga kelas tu. Meronda je. Nak pastikan takde sesiapa yang meniru. Kesian budak2 tu, tak merasa nak meniru. Tulah,nak meniru tak pandai. Lain kali, aku nak buat kursus Meniru Dalam Peperiksaan, korang pergi lah ye.

tengok tulisan kat papan hitam tu?hehe

tekun gila budak2 ni



Masa jage2 tu, tetibe guru kelas aku masa darjah 2 dulu, cikgu Jamilah. Aduyai. Segan aku. Hehe. Yelah. Cuba bayangkan, dulu, dia yang jaga kau masa periksa, sekarang nie, kau yang jaga periksa, dia yang tengok. Lain wei. Lain gila. Lepas habis peperiksaan tu, aku pergi hantar kertas jawapan kat bilik peperiksaan. Cikgu Jamilah yang jaga. Bual-bual lah dia. Dah lama aku berbual dengan dia, baru aku perasan cikgu Jamilah bahasakan diri dia AKAK. Adush. Ni yang aku rasa lain macam. Hehe. Dulu, kau panggil dia Cikgu, sekarang ni kau kena panggil dia akak.hehe. Dan tak lama lepas tu, Cikgu Kamalunisak masuk. Kalau korang nak tahu, dulu masa zaman aku, Cikgu Kamalunisak nie terkenal dengan zapin. Banyak dah budak2 yang dia dah latih dan dia bawak sampai ke peringkat kebangsaan kalau tak silap aku. Actually, mula2 Cikgu Kamalunisak tak tegur(dia pemalu?xmungkin), so, aku mula lah tanye dia.

Aku~cikgu nisak dah tak ajar zapin?
Cikgu jamilah~haha.tak tahulah.cube tanye dia. Nisak. Kau tak kenal ke dia?
Cikgu Kamalunisak~Aku baru nak tanya kau bila dia dah keluar nanti.

hehe. kelakar pulak cikgu Kamalunisak. Sebenarnya kan, mula2 aku tak perasan pun Cikgu Kamalunisak ni. Aku perasan suara dia je. Hehe. Ingat lagi aku suara dia sampai sekarang. Dah 8 tahun dah berlalu, tapi ingatan gua masih kuat bro!hehe

maju dah sekolah ni

kalau terasa nak tengok tv,bile2 mase syudents boleh masuk

sekolah ni makin cantik

Pukul 1. Aku dah plan baik dah masa tu. ak baru je nak naik bilik GPK nak punch card untuk balik, tetiba Cikgu Amnah panggil aku. "Cikgu! Jom masuk bilik mesyuarat." haha. Jem. Jadi, aku dengan muka yang seakan-akan hepi pun masuk bilik mesyuarat tu. Aku bukan apa. Aku segan syal. Cuba bayangkan. Kau kena masuk mesyuarat yang dihadiri oleh cikgu2 lama kau. Huh. Depan aku semua tu, cikgu2 lama aku. Cikgu julaila, cikgu Ani, cikgu Ayu, cikgu Syamsinah, cikgu Rosnah(muka dia masih garang macam dulu. dan aku masih takut kat dia macam dulu.hehe), cikgu Ayu, cikgu Jamilah, cikgu vumaiban. dan sebelah aku pulak, cikgu haji ismail dan cikgu palah. Rasa lain macam wei. Rasa macam kau dah naik taraf dah. hehe. Mesyuarat petang tadi tu adalah untuk organise Hari Anugerah Kecemerlangan & Mesyuarat PIBG, Sabtu. Tapi, sebelum mula mesyuarat tu, Guru Besar perkenalkan aku kepada cikgu2 lain. dan sekali lagi, SEGAN syal. Hehe. Dan kemudian mesyuarat pun mula. Seronok. Ni kali kedua aku menghadiri mesyuarat dengan cikgu2(sebelum ni kat sekolah lain). HEHE. Kelakar aku cakap kau. Kalau nak ikutkan, perangai cikgu2 ni macam kita jugak dulu. Buat lawak masa mesyuarat, bergaduh pasal tema baju, guru besar bercakap kat depan, kita bising kat belakang. Hehe. Best kot masa 2 jam tadi. dan akhirnya, aku diberi satu tugas kali ini. Aku kena siapkan slides shom untuk Hari Anugerah Kecemerlangan Sabtu ni dengan sorang brother juruteknik. Takde problem kot,sebab Slides Show, senang je tu. hehe. Esok aku dah mula kena buat, tapi kena buat sorang2 sebab bro juruteknik cuti tu. So, boleh tak aku siapkan esok?kita tunggu dan lihat yaw....PEACE ON EARTH!!


p/s:semalam adik aku yang darjah 4,cerita kat aku. Dia dengan kawan dia berbual

kawan:cikgu baru tadi masuk kelas kau tak?
Adik aku: tak pun. Kenapa?
Kawan~cikgu tu best tau. Dia baik.
Adik aku:eleh. Baru sehari, kau dah kata dia best.
Kawan~rugi kau dia tak masuk kelas kau tadi.
Adik aku~apa ruginya. Hari-hari aku jumpa dia.
Kawan~hari-hari?
Adik aku~sebab dia abang akulah pandai.hehe 





Photobucket

2 comments:

  1. hahahaha...... klo org nye sporting ye ok ja.... huahuahuahua....

    ReplyDelete
  2. yg cekgu jdi akak tu x tahan...mcm2.bahasakan cekgu pun boleh aja.haha

    ReplyDelete