~TENTANG KAMI~

My photo
Blog ini aku lahirkan khas untuk aku dan si dia,tetapi tak bermakna yang ianya akan dipenuhi dengan ceritera kami berdua sahaja. apa yang ku rasa,apa yang ku fikir, apa yg ku nyampah, di sini aku luahkan, di sini aku muntahkan, di sini aku ludahkan. andai kata korang rasa benci, menyampah, meluat, tu bukan masalah aku. Cume jadi masalahnya bila korang tak nak angkat punggung korang dari kerusi komputer korang tu.paham kan?hehe..korang dah takut ke?jangan risau.blog ni tak seserius mana.macam2 korang boleh dapat. ~milik si hetam dan si puteh.tetapi hanya si hetam je yang meracau dalam blog ni.si puteh?dy malas kot~

Saturday, 14 May 2011

Silent Comedy.....

Sebenarnya aku tengah kecewa dengan apa yang jadi pada maharaja lawak minggu 7. Amir tersungkur. Memang aku dah tak layan Maharaja Lawak dah lepas ni. Maharaja lawak bukan "Maharaja Lawak" lah kalau Amir takde. Tak tahu mana silapnya. Bukan rezeki dia kot. Tapi "sejujurnya" aku kecewa sebab Amir terpaksa meninggalkan Maharaja Lawak. Takpelah Amir. Mungkin bukan rezeki kau. I'm sorry. hehe. Anyway, minggu lepas masa Maharaja Lawak yg keenam tu, bila abg Ahmad Idham kata kena buat silent comedy untuk minggu depannya, aku apa lagi, memulakan silent comedy aku. akhirnya siap.  Tribute for Amir. NGEE3!!!




Photobucket

Saturday, 30 April 2011

bukan senang nak carik makan....

Semenjak dua menjak ni, aku sangat2 lah sibuk. Sibuk dengan diri sendiri, sibuk dengan study(insyallah) menyibuk dengan Si Puteh, dan sibuk carik duit. Menyibuk carik duit? hurm..nak buat macam mana. Duit bukannya pernah bertambah, makin berkurang adalah. Lagi sebulan kot kat sini. Nanti balik, nak duit lagi. Tiket bas dah lah 59.00. Peh. Mahal siot. Nak tumpang orang, malu lah pulak. Huhu. Sol, terpaksa lah aku carik duit untuk menanggung kehidupan aku kat sini. Yang terbaru ni, aku ambil job tolong edit gambar kawin sepupu member aku. Insyallah, dua tiga hari siap lah. Bukan senang nak carik duit. Ikutkan hati, nak je aku rompak bank yang berdekatan ni.











nilah antara gambar2 yang aku dah edit. Gambar2 yang akan beri makan pada aku. Hehe. Ada masa, wa datang lagi. lu tunggu..

Photobucket

Tuesday, 26 April 2011

hahhh??COPYCAT sehhh!

hye uollls~
esok aku ada exam..tp mende byk lagi yang tak baca..
itu memang perkara yg wajib diriakkan ye..

chill man..chill~
exam tu semua dunia je tu..tak perlu lah nak pikir sgt kan..hahah!

mlm td lah kan..tengah aku semangat nak study..tetibe je aku dikejutkan dengan satu berita pasal copycat nie..
dengar je aku pasal berita tu..semangat aku nak study pun apa lagi..melayang camtu je di bawa angin malam..
ciss kau peng-copycat-..

ok guys..what's copycat?
menyalin kucing kah?kucing disalin kah?ataupun meniru perbuatan kucing?
salah!salah! dan salah!!

copycat tu cam nak tiru sebijik sejebon cam org lain..
helloo~
can u plis find ur own identity?
y must we be somebody else?
dun u proud of being urself?

sape eh yg aku cakap n ie?sape?sape...

sape lagi kalau bukan 1st n evah malaysian grup yg nak tiru k-pop..
they want to be known as g-pop u..
hohemjey..
wut g stands for?
gay?girl?haha..
series grup ni mmg buat aku gelak guling guling malam td.. XD
okey..
fine lah!kalau korg nak cuba sumthing fresh for malaysian music industry..
but..plish dun remark urself as another k-pop band in malaysia..
dah la tu..siap nak tiru SUPER JUNIOR kesayangan aku tu punya 'hand move' lagi..
memang melaupau la kan...

nama grup nie 24:7...dun u notice dat they hv quite similar name wif 24/7??
adoyai...xkan lah nama group pun kau org nak tiru?xde nama lain ke??aishhh~

fine...okey..aku pun dok la p search lagu dorg..mana la tau lagu besh...bleh gak la aku nak suka kan...hahha..
tp...hampeh!!dorg nie x debut ag...
tp dah siap buat fan page kat fb...
gila glamour ke hapa??

aigooooo~

jom cekidaut jap gamba dorg nie..siahhhhhhh~~~


budak2 nie gak nak tiru U-KISS la plak... @.@'



the real 24/7...lain bebeno ngan si copycat tu...yg ni hemsemm~ Awwww..mak syuke u~



memang aku rasa nak debik sorg2!!berani tiru suju~cisssss lagi!



tolong lah jangan perasan nak jd TAEMIN ok!!hengkau tu tidak lah sebest taemin... fakroll betol!



walau pun one of member group nie my ex skulmate...tp aku memang amatlah tidak dapat terima kenyataan dorg nie nak jd k-pop malaysia!!




p/s : tolong doakan aku exam esok..heheheh..



Photobucket

Monday, 25 April 2011

kecewa syal...

tak sume kawan boleh jadi kawan..
kecewa syal..
selama ni kalau wa nak keluar, nak pergi makan..
mesti wa ajak lu..
kalau lu tak mintak pun,
wa akan belikan makanan untuk li
tapi kalau lu?
lu keluar bodoh-bodoh gitu je..
tak pe bro..
selagi boleh bersabar,
wa akan bersabar..
hehe..



Photobucket

Monday, 11 April 2011

Ini ceritera tentang si puteh.

SANG BIDADARIKU

Padaku hadirmu,
Ibarat suatu keajaiban
Yang sukar diungkap
Yang sukar ditafsir
Yang datang bersinar padaku
Di balik kabut pagi.
Tidak perlu ku tunggu hujan
Tidak perlu ku tunggu sang mentari
Kerna aku tahu
Kerna aku sedar
Kau sentiasa di sini
Ku sentiasa di hati
Itulah bezanya kau dengan si pelangi
Baru sahaja aku meluahkan cintaku padamu di dalam diariku
Kini aku meluahkannya lagi di puisi ini
Seakan-akan cintaku padamu
Tiada penghujung
Tiada penghabisan
Kerna aku tahu
Kerna aku sedar
Cintaku padamu sentiasa ada
Walaupun jasad telah binasa
Kerna kaulah sang bidadariku…






Kalau kau tengok kat bawah tu, kau akan nampak yang kami telah bersama untuk 11 bulan 3 minggu.. Insyallah. Seminggu lagi, genaplah setahun usia perhubungan kami. Huhu. Rasa macam cepat je masa berlalu. 

Si puteh. Aku mula kenal dia masa sem pertama aku di IPGM. Pertama kali, aku perasan kewujudan dia, adalah semasa kami menderma darah di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Ops! Bukan kami. Tetapi aku yang menderma darah. Aku ingat lagi masa tu. Selalunya sebelum derma darah, nurse akan ambil sedikit darah dari jari kita untuk memeriksa jenis darah.

Kawan si puteh: Wei. Pergilah check darah kau tu.
Si Puteh: Tak nak lah aku!! Aku takut darah! (sambil buat muka macam nak nangis)
Aku(dalam hati): Poyo gila minah ni. Nak derma darah, tapi takut darah. EEEUUW!!

Haha. Serius. Aku tak tipu. Aku ingat lagi benda tu. Lepas kami dah bersama dulu, Si Puteh ada cerita kat aku kenapa dia mula tertarik pada aku. Dia beritahu aku, masa derma darah tu, aku sangat2 "gentleman" pada dia, sebab aku bagi dia check darah dulu masa kami tengah beratur dulu. Hehe. Dia tak tahu, yang aku giler-giler kutuk dia masa tu. -_-


Tak lama lepas tu, aku dapatkan no. phone dia dari classmate dia dan dari satu kami mula ber-sms dan ber-kol2. hehe. Mcam neherem! tapi...


Si puteh. Bukan senang kot kami nak bersama masa tu. Macam-macam masalah. Sebenarnya, masalah-masalah tu semua aku yang carik sendriri. tapi biarkan masalah tu, aku tak nak cerita. Biarlah jadi kenangan.


Alhamdulillah. Akhirnya kami dapat bersama hingga ke hari ni. :-) Tapi hari ini, tak berapa best sangat. Sebab dia tengah merajuk dengan aku. Alorh. Biasalah tu merajuk. Hobi dia. Hehe. Macam mana Si puteh tu? baik tak dia? Penyayang tak dia? Cantik ke dia? macam mana wanita impian yang selalu korang mimpikan tu, macam gitulah si putih aku. Peace yAw!!



ye...aku tahu suara aku tak sedap, tapi, perlu ke aku kisah bile hati ni memang dah jadi milik untuk dia??





p/s~Good luck awak untuk MUET. Jangan risau. Saya yakin awak boleh buat. Dan awak kena tahu, walaupun saya tak ada dengan awak masa awak ambil MUET tu, tetapi hakikatnya saya sentiasa ada dalam hati awak. Tak kira di mana dan bila, saya sentiasa berada di situ.:-)Anyway, puisi and video tu adalah hadiah anniversary dari saya untuk awak.-_-



Photobucket

Friday, 8 April 2011

Bahasa Melayu Komunikatif

Peperiksaan Ujian Akhir Kursus Bahasa Melayu Komunikatif WAJ 3115
17 April 2011

~Format pengagihan soalan~

Pensyarah aku pesan:
1. Banyakkan membaca gaya bahasa. Soalan struktur banyak keluar gaya bahasa.
2. Bahagian C, soalan esei, pilih satu je.
2. Bahagian C, buat esei tu biar ada BANYAK perenggan, JANGAN ada satu perenggan je.



Photobucket

tutorial: buat header blog versi 1

Okies. Kali ini, aku akan tunjukkan pada kau macam mana nak buat header blog. Menggunakan PHOTOSCAPE. So, first thing first, you must download the software at PHOTOSCAPE. Lepas dah download, kau install dan bukak software photoscape tu.

~lepas dah bukak PHOTOSCAPE, klik pada editor~

~klik pada MENU di atas dan klik pada NEW PHOTO~

~masukkan size header kau pada width dan height. size standard yang selalu aku guna untuk header aku adalah width:800, height:400

~kli pada add picture di bawah, dan masukkan gambar yang kau nak guna untuk header kau~

~Kemudian kau boleh crop, rotate, adjust contrast and brightness dan apa2 je yang kau nak untuk gambar kau tu. Yang ni, kau kena explore sendiri, tak kan semuannya aku nak ajar.-_-~

~lepas tu pandai-pandailah kau pilih font, color font, shadow semua tu. Ingat! Kau kena explore ni semua. Jangan risau. Takkan sesat!. Akhir sekali, kau save-lah header kau tu.~

~SIAP!sangat2 mudah kan. aku buat header ni tak lebih dari 10minit.hehe~


So, macam mana?kau rasa kau boleh buat? Kalau ada tak paham pape, beritahu aku. Next time aku akan ajar macam mana nak buat header transparent pulak.

p/s~smart gak kalau pakai header warna pink. Tapi..takde SI PUTEH..so, tak chanteklah....


Photobucket