~TENTANG KAMI~

My photo
Blog ini aku lahirkan khas untuk aku dan si dia,tetapi tak bermakna yang ianya akan dipenuhi dengan ceritera kami berdua sahaja. apa yang ku rasa,apa yang ku fikir, apa yg ku nyampah, di sini aku luahkan, di sini aku muntahkan, di sini aku ludahkan. andai kata korang rasa benci, menyampah, meluat, tu bukan masalah aku. Cume jadi masalahnya bila korang tak nak angkat punggung korang dari kerusi komputer korang tu.paham kan?hehe..korang dah takut ke?jangan risau.blog ni tak seserius mana.macam2 korang boleh dapat. ~milik si hetam dan si puteh.tetapi hanya si hetam je yang meracau dalam blog ni.si puteh?dy malas kot~

Saturday 2 April 2011

Nasi ulam dan pesta buku??

Hari ni aku makan besar lagi. Takpe. Aku rasa aku masih kurus dan tough lagi. So, tak perlu aku nak risau pasal gemuk ni. hehe. Kerek neherem aku ni.-_- Dalam pukul 2 petang tadi, aku, si puteh dan 6 lagi member aku pergi ke kuala lumpur kota bharu. Kami pergi Nasi Ulam Cikgu. Tempat ni memang terkenal gilers kat kelantan ni. Cakap je nasi ulam cikgu, semua orang kenal, even siput babi kat tepi jalan tu pun tahu. Memang tak pernah tak sibuklah tempat ni. Masa kami sampai dalam pukul 2 kat kedai tu, kecewa kot kami bila tengok makanan semuanya dah habis. Baru je aku plan nak buat2 nangis depan tauke kedai tu, aku ternampak dapur kedai tu. Owh. Patotlah makanan tak sampai luar. Rupa-rupanya, customer2 lain dah beratur dah kat dalam tu. Aku pun apa lagi. Aku rembat pinggan terus berlari ke arah dapur tu. Peh. Ikan keli goreng baru keluar kuali, gulai ikan patin baru masak, lemak kubis, ayam goreng, ikan kecik bakar(ikan ape ntah). Memang panas2 semuanya. Aku pun amiklah 2 ekor ikan keli. Memang besar ikan keli tu. Macam2 jugaklah aku amek. Dah amek semuanya kitorang letaklah atas meja.

Ikan keli goreng 5 ekor
Ikan keli gulai 2 ekor
ayam goreng seekor
ikan goreng sekor
ulam-ulam
tempoyak
sambal belacan
budu
air bandung selasih 2 jag
nasi 10 orang makan
dan semuanya hanyalah
RM50.00
murah kan?hehe

Dah habis makan tu. Aku, Si Puteh dan bebudak ni lepak depan istana. Amek2 gambar. peh! Macam tourists syal kitorang.hehe.


~poyo ke dorang ni?ntahlah...~


~ant si semut~

~pali tenga PMS aku rasa masa ni~

~bajet hot mamat dua orang ni~

~dah macam golongan yang dilaknat dah~

~aku paling suka gambar si amat ni.hehe~

~bajet lagi.ishk3~

~kena maki aku denga si azam ni sebab edit gambar dia macam gini.mampuslah~

~muka macam *****~

~Si puteh dan si hetam(gua tak nampak hitam kan??)hehe~


Lepas je habis photoshoot ni, aku, Si puteh, dengan bebudak ni terus pergi ke Padang MPKB. Ada pesta buku. Yelah. Kami sebagai bakal2 guru ni, kenalah banyak membaca. membaca tu kan jambatan ilmu.Memang murah gila lah buku2 kat sana, sampai novel harga RM0.50 pun ada.


~jauh gile berjalan dari tempat parking~

~buat2 rajin pulak dia ni~

~nilah cikgu2 berkredibliti~

~adik-beradiK~

~lain mak lain bapak~

~15 buah buku kot si pali ni beli~

~gua rasa macam gua ni tourist pulak. Pandai pulak si puteh ni amek gambar aku~

Photobucket

No comments:

Post a Comment