~TENTANG KAMI~

My photo
Blog ini aku lahirkan khas untuk aku dan si dia,tetapi tak bermakna yang ianya akan dipenuhi dengan ceritera kami berdua sahaja. apa yang ku rasa,apa yang ku fikir, apa yg ku nyampah, di sini aku luahkan, di sini aku muntahkan, di sini aku ludahkan. andai kata korang rasa benci, menyampah, meluat, tu bukan masalah aku. Cume jadi masalahnya bila korang tak nak angkat punggung korang dari kerusi komputer korang tu.paham kan?hehe..korang dah takut ke?jangan risau.blog ni tak seserius mana.macam2 korang boleh dapat. ~milik si hetam dan si puteh.tetapi hanya si hetam je yang meracau dalam blog ni.si puteh?dy malas kot~

Monday, 21 March 2011

Bernafas di sekolah (bahagian 1)

Selama seminggu, bermulai hari ini hinggalah Jumaat ini, aku akan menghabiskan sisa-sisa hidup aku di sebuah sekolah untuk melaksanakan PBS(program berdasarkan sekolah) ataupun SBE (school based experience) atau pun bahasa lamanya ROS (Rancangan Orientasi Sekolah). Kali in aku pilih sekolah lama aku.Sekolah yang telah besarkan aku. Sekolah Kebangsaan Laksamana (Integrasi). Jom. Aku nak merepek kejap. Seronok syal. hehe.

Pagi tadi, aku bangun dalam pukul 6 tu pun adik aku yang kejut.hehe. Nervous syal bangun awal2 gini. Hehe. Aku pun siap2. Mandi, sembahyang dan sarapan. Dalam pukul 6.50, aku pun dah hidupkan enjin motor superbike sebagai tanda bersiap sedia untuk merempit. Sebelum pergi, aku cium tangan mak bapak aku dulu. Huh.Lama dah aku tak merasai keadaan ni. 5 tahun dah rasanya. Yelah. Cuba bayangkan, selama 5 tahun tu aku duduk kat asrama. Kalau aku nak pergi sekolah nak cium tangan pun, aku terpaksa tibai tangan kawan aku. Aku ingat nak mintak duit sekolah kat bapak aku macam aku selalu buat kecik2 dulu, tapi…tak berani pulak. Hehe.Sekolah aku dengan rumah aku, memang dekat gila. Dalam 500meter gitu. Aku sampai sekolah tu dalam puukul 6.55. Peh! Aku rasa aku memang cemerlang! Cikgu sorang pun tak datang lagi! Kiranya akulah "cikgu" pertama yang datang. Memang aku layaklah digelar "cikgu" yang berdedikasi.hehe.Disebabkan aku rasa aku terlalu awal, aku pun duduk kat atas superbike aku di luar sekolah di bawah hujan rintik-rintik. Kesian kan kat aku?hehe. Dan kemudian dalam pukul 7.15, aku pun menapak ke dalam sekolah tu. Dan destinasi pertama aku? PEJABAT. Tak perlu nak tanya orang kat mana pejabat. Sebabnya? Aku dah tahu. berlagak tak?hehe. Aku pun kemudian di usha oleh GPK 1 sekolah tu, Puan Amnah. Peh! Memang sempoi Puan Amnah. Terima kasih ye Puan sebab memberi layanan yang baik kepada saya.hehe. Cerita punya cerita, aku pun menimbulkancerita yang aku ni bekas pelajar sekolah tu. Dari tahun 1998 hingga 2010.



Puan Amnah~So, awak kenal lah cikgu2 kat belakang2 ni?
Aku~Of coz sy kenal. hehe. Macam cikgu vumaiban, cikgu ayu, cikgu jamilah, cikgu rosnah. semua tu saya kenal.
cikgu jamilah~Saya kenal dia ni. Anak Sulaiman
cikgu ayu~Saya pernah jadi cikgu kelas dia masa dia darjah 2.
cikgu ayu~saya kenal.Arwah Budak ni dulu pemalu dan baik orangnya.
aku~*blushing* (JANGAN PERSOALKAN KALER MUKA AKU BILA AKU BLUSHING!!)
Puan Amnah~Baguslah gitu. Ada kawan2 kat sini.
aku~kawan??tu cikgu2 akulah dulu. takkan aku nak guna KAKAK-SAYA dengan dorang??(dalam hati)
aku~cikgu. kalau cikgu nak suruh saya relief kelas, beritahu saya ea cikgu. saya on je.
Puan Amnah~Ow. ye ke?awak ada pengalaman?
aku~insyallah ada cikgu. Dulu lepas SPM, saya pernah jadi guru sandaran dua bulan kat S.K Gelang Patah.
Puan amnah~owh yeah!!baguslah gitu.
aku~Bla Bla Bla Bla Bla.....
Puan Amnah~Bla Bla Bla Bla Bla.....




Lepas tu, aku pun follow cikgu2 lain pergi ke dewan untuk perhimpunan.Masa dalam dewan tu, aku dah fikir dah. Kalau aku tak diberi kerja, confirm aku akan mati kebosanan sebab takde bende nak buat. So, aku ikot apa yang akak tiri palsu aku suruh buat. Aku pun pergi jumpa dan Puan Amnah dan tanye dia sama ada kelas yang perlu aku ganti. Dan dengan muka yang penuh dengan senyuman, dia pun beri aku sehelai kertas.




Yes!!ni yang aku tunggu-tunggukan. Dua kelas yang akan aku ganti sebab cikgunya cuti bersalin. Kelas BM dan Math. Alhamdulillah. Kedua-dua kelas tu aku tak hadapi sebarang masalah. Kelas Math yang pertama tu, aku masuk kelas dan aku tulis soalan matah kat blackboard. Then, aku suruh sorang2 jawab soalan tu. Kelas BM pulak, aku bagi perkataan2 and then mereka semua kena buat ayat dari perkataan tu. Entahlah, tapi aku rasa takde masalah pun. Mungkin sebab aku dah ada pengalaman mengajar dua bulan kan.(ces!belagak neherem kau ni!!)





 Aku habis kelas dalam pukul 12.10 dan sekali lagi. AKU TAK TAHU NAK BUAT APA. Dah puas dah wei aku amek gambar. Fikir punya fikir, aku terserempak dengan cikgu Sains lama aku, Cikgu Palah Suradi. Bizi wei dia ni. Aku dengan muka yang manis seperti gula kapas pun bertanya kepada dia,"cikgu kalau ada pape yang boleh saya tolong, beritahu jelah saya". Kau tahu apa dia suruh aku buat lepas tu??Dia suruh aku follow dia. Tolong di betulkan kipas n lampu. Tolong punya tolong, dah pukul 2 petang dah. Patutnya aku balik pukul 1.hehe.Lepas je punch card, aku pun terus balik.Fuh.4 hari lagi.Tak sabar nak tunggu hari esok. Esok ada exam. Objektif aku esok, aku nak tangkap budak yang meniru.Kita sambung esok! Peace on earth students!!



Dah3!!esok sambung lagi..aku nak kena siapkan lesson plan..ngee3!!


Photobucket

Sunday, 20 March 2011

Anti Kelantan??

Kadang-kadang aku tak paham dengan perangai sesetengah manusia ni.Macam dah takde kerja lain dah kat dalama dunia ni. Kau tahu kan hidup kat dalam dunia cuma sementara je? Jadi, sepatutnya kau isilah hidup kau yang sementara tu dengan perkara-perkara yang berfaedah. Bukannya isinya dengan benci-membenci, maki-memaki dan kutuk-mengutuk. Tetapi kalau kau nak sangat benci-membenci ini semua, kau bencilah Israel ke, Husni Mubarak ke, tak pun paling-paling kurang pun pergilah bencilah orang-orang yang buang sampah merata-rata tu. Ni tak. Kau pergi kutuk-kutuk, maki-maki & hina orang KELANTAN. Dah takde kerja lain ke kau ni? Sila klik di sini. Inilah perangai manusia. Boleh penuhkan hidup dengan pahala dan kebaikan, tetapi kau penuhkan hidup kau dengan dosa, kutukan, hinaan. Sebenarnya, creator kelab tu masih tak diketahui sebabnya dia menggunakan nama admin yang palsu dan aku confirm, mesti gambar yang dia jadikan profile picture tu dia cilok dari gambar orang lain. Kesian awek dalam gambar tu.hehe. Okies. Mungkin ada seorang dua orang kelantan yang kau tak suka, tapi tak semestinya kau ada hak nak kutuk keseluruhan orang Kelantan. please lah wei. 2 tahun dah aku duduk kat Kelantan dan 2 tahun jugak lah aku tak pernah ada masalah dengan orang Kelantan. Member-member ramai budak Kelantan. Tapi dorang semua ok je. Tak pernah nak cari pasal. Dah tu, yang kau nak carik pasal dengan dorang kenapa?okies. fine. Kau buktikkan yang orang Kelantan tu kasar bila dorang gadoh kat stadium. Wei! tu hanyalah 0.01% je orang Kelantan yang berperangai macam gitu. Yang 99.9% lagi?Insyallah..Mereka tu semua baik2 belaka. Tapi yang paling buat aku sakit hati, kenapa sampai makcik2 pon kau nak kutuk gak. Agak2 lah wei! Orang tua tu. Tak kan tu pun aku nak ajar nak hormat orang tua macam mana?aduyai. Mintak-mintaklah kau ni bukan orang Islam. Malas pulak aku nak tulis panjang. Bukan ape, takut pulak kalau aku memaki kau tanpa disedari.hehe. Jadi, aku harapkan kau sedarlah dengan apa yang kau buat. Insaf sebelum terlambat ea SAYANG. Dan kepada orang-orang Kelantan yang dah tengok group tu, aku harapkan korang bersabar banyak2 k. Jangan sampai korang maki2 dia sebab itu akan membuatkan korang lebih kurang macam dia je.Dan kepada korang semua!! Aku harapkan jasa baik korang untuk report page nie. Report smpai page nie kena delete ye.ape2 pon, PEACE ON YOU NIa Rashilla!! 



p/s~post ni bukan bertujuan untuk mengambil hati orang Kelantan tetapi adalah untuk menyampaikan kebenaran.




Photobucket

Friday, 18 March 2011

5 1/2 perkara yang boleh mengundang keTAMPARan

pepagi ni tetibe je emosi apahal la kan..aku bukan ape,cuma tak puas hati je rentetan peristiwa dalam bas tadi..yela, mana tak emosi bro..ade ke patut..dalam bas tadi adelah sorg brader ni..parking depan aku..dgn selamba badak dia je dia pegi turunkan degree seat dia dengan seturun turunnya..jangan lah tanya aku bapa degree, mane sempat nak ukur bai..lepas tu boleh la pulak dia tanya aku, aku ok x..siap senyum senyum lagi..hello!!itu memang annoying ok!memang kentut busuk punya perangai!aku bayar seat tu sama harga dgn kau bayar kot..apa kau ingat seat aku tu dpt half price sesuka ati kau je nak amek space aku?banyak cekadak kau!!sampai brader sebelah aku asek tengok je kat aku..mesti die pon pikir ketidakwajaran kelakuan brader dpn aku tu..cisss!

okah!cukup pasal emosi bahagian satu..kita  teruskan dengan emosi bahagian dua..







T













A















D













A











.................................................................................................





antara lima setengah perkara yang boleh mengundang ketamparan :

1) korang baru habis kelas,time tu bukan main main lagi perut korg berzapin lagu lapar..korg dengan bangganya pergi ke cafe carik makanan..sesampai je korg kat sana..korg nampak dekat satu meja..ada bebudak nie makan makan sambil korek hidong..siap main jentik jentik lagi taik idong tu aim kat memember yang lalu lalang..ape yg korg rase???sumpah hilang selera..tapi kalau korg tak rasa pape..memang daya tahan badan korg kuat cecah 360 kJ..ehhh??asal kJ?

2)  korg baru beli baju baru..agak jakun dengan baju tersebut..semangat berkobar kobar disertai perasaan takbur lagi ujub apabila pekena baju baru..rasa diri kau la yang paling cantik/hensem..dah tak de sape yang lagi cantik/hensem daripada diri korg..turun tangga asrama dengan hidong kembang kembang akibat mempunyai perasaan setanding syaitooooon nirrojimmm..tak toleh kanan kiri..tiba tiba ada bisikan busuk yang cakap..
.'eh, kau nampak gemuk la'..
cis!cinabeng..perosak mood!mesti korg pun ada rasa nak bagi pentampar kan??jangan risau..aku faham perasaan tu..ceh!

3)  3 1/2 perkara lagi..tunggggggggggggguuu~haha..

sorry,aku terkurang daya dah nie..wa atashinchi dulu!



Photobucket

JOM REQUEST HEADER!!

SILA KLIK SINI...

Photobucket

tutorial:cara untuk pasang tab "home"

hello guys terutame sekali tetamu kehormat aku hari ni, cik Daud B****t kite(jangan marah bro,hehe)..okies..tutorial simple gile vavi dari aku hari ini...Korang perasan tak tab "HOME", "TUTORIAL" dan "TULIS-TULIS" kat bahagian atas sekali blog aku nie?

                                      ~sila klik pada imej untuk tumbesaran yg lebih subur~    

Macam mana nak letak tab tu?simple giler dan SI GILER pun takdelah sesimple inie..hehe..langkah-langkahnya?jeng3..hehe...

1. DASHBOARD>EDIT POST>EDIT PAGES>NEW PAGE
2. Tulis tajuk yg korang nak guna untuk tab korang tu di bahagian PAGE TITLE
3. Tulis apa yang sepatutnya di bahagian CONTENT(bawah PAGE TITLE tu)
4. Klik PUBLISH PAGE
5. Tick di bahagian BLOG TABS dan klik SAVE AND PUBLISH
6.SIAP!!!

Itu je tutorial hari ni..kalau korang nak request tutorial pape, beritahu aku lah kalu berani..hehe..chow!!


Photobucket

Thursday, 17 March 2011

........

igauan-igauan INDAH enak mentertawakan mimpi
pada hidup NGERI yang sentiasa menanti


Photobucket

Wednesday, 16 March 2011

Jom ringankan blog anda!!(versi 1)

Okies. Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa tulang aku terlebih ringan hari ini. Jadi, untuk memberatkannya semula, aku rasa aku nak buat satu lagi tutorial. Tutorial kali ini aku rasa korang patut follow kalu korang ringankan blog korang lagi-lagi blog yang mengandungi gambar-gambar yang banyak seperti budak si ijat, cik fatin, saudari hanan dan blog-blog lain yang ada banyak imej. sangat-sangat mudah untuk korang laksanakan tutorial ini. Semudah A B dan C..hehe..Actually, ada dua cara untuk ringankan blog korang tapi untuk tutorial kali ini, aku akan hanya satu cara sahaja..Tak boleh banyak2, nanti susah nak masuk..hehe

Langkah-langkahnya:

1.Pergi ke DASHBOARD>DESIGN>PAGE ELEMENT
2.ADD A GADJET
3.Klik HTML/ JavaScript
4.Copy kod di bawah
<script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4/jquery.min.js"></script><script type='text/javascript' src='https://sites.google.com/site/jquery01/jquery.lazyload.mini.js?ver=1.5.0'></script><script type="text/javascript">jQuery(document).ready(function($){if (navigator.platform == "iPad") return;jQuery("img").lazyload({effect:"fadeIn",placeholder: "https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgU1TrjqBYlyWlGwQGySgSn6AeqfsHtTEuzhDjgVtyqb1DdO-l6IUrb3yKlhDO6qEQvMOJT-CB9JSB2bWtPwF6ID6tdrVavI4yOJuWqzQrmEgb0S_G1Lvj-TY-Z7v4oiyF5tV9i8MTmYLY/s1600/grey.gif"});});</script>

5. Paste kod tersebut di HTML/ JavaScript itu tadi
6. Save kod di HTML/ JavaScript
7. Akhir sekali, klik SAVE di PAGE ELEMENT


SIAP!!





Insyallah, blog korang akan lebih ringan..hehe..semoga maju jaya!!peace on earth frenz!!

p/s~jangan pertikaikan kerajinan aku yang tak berbelah-bahagi ni.
Photobucket