~TENTANG KAMI~

My photo
Blog ini aku lahirkan khas untuk aku dan si dia,tetapi tak bermakna yang ianya akan dipenuhi dengan ceritera kami berdua sahaja. apa yang ku rasa,apa yang ku fikir, apa yg ku nyampah, di sini aku luahkan, di sini aku muntahkan, di sini aku ludahkan. andai kata korang rasa benci, menyampah, meluat, tu bukan masalah aku. Cume jadi masalahnya bila korang tak nak angkat punggung korang dari kerusi komputer korang tu.paham kan?hehe..korang dah takut ke?jangan risau.blog ni tak seserius mana.macam2 korang boleh dapat. ~milik si hetam dan si puteh.tetapi hanya si hetam je yang meracau dalam blog ni.si puteh?dy malas kot~

Monday 11 April 2011

Ini ceritera tentang si puteh.

SANG BIDADARIKU

Padaku hadirmu,
Ibarat suatu keajaiban
Yang sukar diungkap
Yang sukar ditafsir
Yang datang bersinar padaku
Di balik kabut pagi.
Tidak perlu ku tunggu hujan
Tidak perlu ku tunggu sang mentari
Kerna aku tahu
Kerna aku sedar
Kau sentiasa di sini
Ku sentiasa di hati
Itulah bezanya kau dengan si pelangi
Baru sahaja aku meluahkan cintaku padamu di dalam diariku
Kini aku meluahkannya lagi di puisi ini
Seakan-akan cintaku padamu
Tiada penghujung
Tiada penghabisan
Kerna aku tahu
Kerna aku sedar
Cintaku padamu sentiasa ada
Walaupun jasad telah binasa
Kerna kaulah sang bidadariku…






Kalau kau tengok kat bawah tu, kau akan nampak yang kami telah bersama untuk 11 bulan 3 minggu.. Insyallah. Seminggu lagi, genaplah setahun usia perhubungan kami. Huhu. Rasa macam cepat je masa berlalu. 

Si puteh. Aku mula kenal dia masa sem pertama aku di IPGM. Pertama kali, aku perasan kewujudan dia, adalah semasa kami menderma darah di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Ops! Bukan kami. Tetapi aku yang menderma darah. Aku ingat lagi masa tu. Selalunya sebelum derma darah, nurse akan ambil sedikit darah dari jari kita untuk memeriksa jenis darah.

Kawan si puteh: Wei. Pergilah check darah kau tu.
Si Puteh: Tak nak lah aku!! Aku takut darah! (sambil buat muka macam nak nangis)
Aku(dalam hati): Poyo gila minah ni. Nak derma darah, tapi takut darah. EEEUUW!!

Haha. Serius. Aku tak tipu. Aku ingat lagi benda tu. Lepas kami dah bersama dulu, Si Puteh ada cerita kat aku kenapa dia mula tertarik pada aku. Dia beritahu aku, masa derma darah tu, aku sangat2 "gentleman" pada dia, sebab aku bagi dia check darah dulu masa kami tengah beratur dulu. Hehe. Dia tak tahu, yang aku giler-giler kutuk dia masa tu. -_-


Tak lama lepas tu, aku dapatkan no. phone dia dari classmate dia dan dari satu kami mula ber-sms dan ber-kol2. hehe. Mcam neherem! tapi...


Si puteh. Bukan senang kot kami nak bersama masa tu. Macam-macam masalah. Sebenarnya, masalah-masalah tu semua aku yang carik sendriri. tapi biarkan masalah tu, aku tak nak cerita. Biarlah jadi kenangan.


Alhamdulillah. Akhirnya kami dapat bersama hingga ke hari ni. :-) Tapi hari ini, tak berapa best sangat. Sebab dia tengah merajuk dengan aku. Alorh. Biasalah tu merajuk. Hobi dia. Hehe. Macam mana Si puteh tu? baik tak dia? Penyayang tak dia? Cantik ke dia? macam mana wanita impian yang selalu korang mimpikan tu, macam gitulah si putih aku. Peace yAw!!



ye...aku tahu suara aku tak sedap, tapi, perlu ke aku kisah bile hati ni memang dah jadi milik untuk dia??





p/s~Good luck awak untuk MUET. Jangan risau. Saya yakin awak boleh buat. Dan awak kena tahu, walaupun saya tak ada dengan awak masa awak ambil MUET tu, tetapi hakikatnya saya sentiasa ada dalam hati awak. Tak kira di mana dan bila, saya sentiasa berada di situ.:-)Anyway, puisi and video tu adalah hadiah anniversary dari saya untuk awak.-_-



Photobucket

4 comments:

  1. adoyai!!gile jaat camni..huwaaaaaaaaaaaa!!nak terharu bleh x?? pagi2 dah tersedih kan..hehhe..
    kalo bg gollum the ring is his previous,but 4 me u r my precious,darling..u r my soul..i love u every second..in every time the only person i think of,is u.. i love u yesterday,tomorrow and always...im sory 4 cant be da best 4 u..but u r more than best fer me..more than words i cud say how much my love fer u!! I LOVE U B!

    ReplyDelete
  2. hahah so sweet..terharu ade adik yg agak romantik yow..

    happy aniversary korang!! hopefully kekal sampai akhir hayat ye..

    ehem..ekceli aniversary kitorang 11april tp xsempat sambut sebab..sebab..sebab..sobs3.

    hahaha

    apreciate wut u have today okey!

    ReplyDelete
  3. ciss,,,jeles ak doe,,wakakaka!sapela lelaki bertuah yang nk bt kt ak cmni,,wakakakaka!

    ReplyDelete