~TENTANG KAMI~

My photo
Blog ini aku lahirkan khas untuk aku dan si dia,tetapi tak bermakna yang ianya akan dipenuhi dengan ceritera kami berdua sahaja. apa yang ku rasa,apa yang ku fikir, apa yg ku nyampah, di sini aku luahkan, di sini aku muntahkan, di sini aku ludahkan. andai kata korang rasa benci, menyampah, meluat, tu bukan masalah aku. Cume jadi masalahnya bila korang tak nak angkat punggung korang dari kerusi komputer korang tu.paham kan?hehe..korang dah takut ke?jangan risau.blog ni tak seserius mana.macam2 korang boleh dapat. ~milik si hetam dan si puteh.tetapi hanya si hetam je yang meracau dalam blog ni.si puteh?dy malas kot~

Wednesday, 16 March 2011

Reject, Mereject dan Direject?

AMARAN : Kepada mereka yang pernah DIREJECT, selalu DIREJECT, atau bakal DIREJECT, aku nasihatkan agar korang tak baca entri kali ini. Kerana dikhuatiri akan membuatkan korang semakin frust bergolek-golek dan kemungkinan boleh menyebabkan perut anda patah atau terseliuh. Tetapi, kalau anda cukup kuat, teruskan.......


Entri kali ini aku nak bercerita tentang soal REJECT-MEREJECT. Okies. Aku yakin dan pasti, mesti korang semua pernah meluahkan perasaan cinta sayang kat buah hati(mungkin bakal atau bekas) korang tu kan? Kalau dorang jawab Ye/Ya/Yes, mestilah korang gembira gila kambing tapi kalau dorang menolak atau dalam bahasa kasarnya MEREJECT, ape perasaan korang? Paling-paling kurang pun, mesti korang frust menonggeng kan?hehe..kejamnya aku(peduli apa)..hehe....tapi...selalunya mereka ni semua tak beritahu korang sebab yang sebenar dan selalunya jugak mereka memberi pelbagai alasan untuk MEREJECT korang tu..dan alasan-alasan yang dorang bagi tu semua sebenarnya mempunyai maksud tersirat. Dorang bagi alasan tu semua sebab nak jaga hati korang, tak nak korang rasa frust lebih2-lebih..Jom kita lihat apakah alasan-alasan atau ayat-ayat reject yang digunakan oleh golongan perempuan kepade lelaki-lelaki yang malang tu:


1. Saya dah anggap awak sebagai abang saya sendiri.......

Maksud Sebenar : Kau ni dah macam pelawak dah kat depan aku ni.Tak romantik langsung!!

2. Perbezaan umur kita jauh. Awak masih muda tapi saya dah tua.....

Maksud Sebenar : Aku taknak orang ingat ka anak aku lak nanti!!

3. Saya bukan perempuan yang sesuai untuk awak...awak cari la orang lain...

Maksud Sebenar : Takde sape2 lah yang nak dengan kau tu...euwww!!

4. Kehidupan saya terlalu rumit dan bermasalah pada waktu ni..ini bukan waktu yang sesuai...

Maksud Sebenar : Aku taknak nanti bila kau dengan aku nanti, kau akan dapat tau yang aku simpan 10 lelaki lain.... Mati hidup semula kau nanti!!

5. Saya dah ada boyfriend......

Maksud Sebenar : Aku lebih rela couple dengan lipas kat rumah aku daripada couple dengan kau!!

6. Saya nak fokus pada masa depan saya buat masa ni....

Maksud Sebenar : Masa depan aku dah lah gelap, kau nak gelapkan lagi pulak!!

7. Sorry, saya tak 'date' dengan rakan sekerja/classmate saya.....

Maksud Sebenar : Dah la study/kerja ni semakkan otak aku...Kalau bercouple dengan kau, makin bersemaklah semak aku ni...
8. Saya rasa lebih baik kita berkawan je........


Maksud Sebenar : Kalau kita berkawan bolehlah aku cerita masalah2 aku dengan kau n kalau aku dah bosan dengan boyfriends aku, bolehlah kw jadi "spare part"......






Jadi, inilah maksud-maksud tersirat di sebalik alasan-alasan yang aweks-aweks guna untuk REJECT kaum lelaki...korang rasa sedih?? frust? PADAN MUKA!! kan aku dah cakap tadi jangan baca..hehe..kepada golongan perempuan pulak. selamat menggunakan ayat-ayat reject ni(jangan risau.aku benarkan korang  guna.hehe) Okies guys! kalau ada ayat-ayat baru untuk mereject, aku akan beritahu korang k!!haha..peace on earth guys!!




p/s:kepada golongan lelaki, kalu korang perlukan ayat-ayat MEREJECT untuk digunakan kepada kaum perempuan, sila hugungi CIK YAYA untuk pertanyaan yang lebih lanjut..



Photobucket

Tuesday, 15 March 2011

tutorial:buat signature untuk blog

Hellow awok2 semua!!Okies.untuk tutorial kali ni, aku nak ajar macam mana nak buat signature untuk blog. Korang mesti perasan kan signature kat bawah sekali post aku tu. kan3??

             ~sila klik pada imej untuk tumbesaran yang lebih subur~


So,itulah yang orang panggil signature. Korang nak macam gitu jugak? Jom. Jangan angkat punggung korang dari kerusi tu. Yang tak nak? Aku izinkan korang pergi. :-) Senang gila buat benda nie n senang pun xde gila macam gini sekali. Okies. Ade 3 langkah je nak buat. Kalau korang follow betul2, confirm tak sesat ke mane.

Okies. Apa yang aku tahu, cuma ada 2 website je yang sediakan perkhidmatan buat signature ni.

-Kalau korang buat signature kat website ni, korang kena upload dulu signature korang tu masuk ke dalam photobucket dan kemudian barulah korang boleh letak kod dalam blogspot korang. (yang ni memang susah sikit dari website kedua tu, tapi lagi best and lagi cantik signature kat website ni)

-Kalau korang guna yang ni, korang tak perlu susah nak masukkan ke dalam photobucket sebang website ni dah sediakan kod yang korang boleh terus masukkan dalam blogspot korang ni. (lagi senang daripada website yang pertama tu, tapi tak chantik<pada pendapat aku lah>)


Langkah pertama: Register di My live Signature

~pergi ke My Live Signature~register(kalau tak nak register pun boleh)
~log in~new sign~sila pilih salah satu antara using the signature creation wizard, draw a signature straight to the screen, atau using a scanned image (aku cadangkan korang guna SIGNATURE CREATION WIZARD sebab ianya mudah)
~masukkan nama@signature yang korang nak guna dan kemudian klik "next step"~


                                               ~sila klik pada imej untuk tumbesaran yang lebih subur~



~Pilihan jenis tulisan untuk signature korang  dan kemudian klik "next step"~
 ~sila klik pada imej untuk tumbesaran yang lebih subur~


~pilih saiz signature korang (besar atau kecik mana yang korang nak) dan kemudian klik "next step"~


                                                         ~sila klik pada imej untuk tumbesaran yang lebih subur~



~pilih warna signature dan kemudian klik "next step"~

  ~sila klik pada imej untuk tumbesaran yang lebih subur~


~dan siap!! kemudian korang right klik pada signature tu dan klik "save image to desktop"
                                               ~sila klik pada imej untuk tumbesaran yang lebih subur~


Langkah 2~UPLOAD signature ke PHOTOBUCKET 
    -Register
    -Log In
    -Upload now
    -Save and continue to my album
    -Klik pada signature tu
    -copy kod html 

  ~sila klik pada imej untuk tumbesaran yang lebih subur~


-kemudian korang paste kat microsoft word or word pad dulu kod tadi tu.

<a href="http://s1126.photobucket.com/albums/l602/maizatulsharifuddin/?action=view&amp;current=7A3F38F131BD6131FAE3D45EF2DC295A.png" target="_blank"><img src="http://i1126.photobucket.com/albums/l602/maizatulsharifuddin/7A3F38F131BD6131FAE3D45EF2DC295A.png" border="0" alt="Photobucket"></a>

-kemudian korang delete tulisan warna kuning tu. So, yang tinggal adalah yang di bawah ini:
    <img src="http://i1126.photobucket.com/albums/l602/maizatulsharifuddin/7A3F38F131BD6131FAE3D45EF2DC295A.png" border="0" alt="Photobucket"></a>

-So, korang copy kod baru warna hijau tu

 Langkah 3: Masukkan signature ke dalam entri blog
~pergi ke DASHBOARD
~klik SETTING
~klik FORMATTING
~PASTE kod imej signature di POST TEMPLATE
~dan SAVE SETTINGS




                                                        ~sila klik pada imej untuk tumbesaran yang lebih subur~


DAN SIAP!!!!
Tak percaya? Buatlah NEW POST....


Kalau korang tak paham gak, aku tak tahulah...satu2 step dah aku tunjuk tu..hehe...so, kak aisya, dah ada dah tutorialnya, ape lagi?buatlah...


Aku doakan korang tak sangkut kat tengah jalan..hehe..peace on earth guys!




Photobucket

Request untuk tutorial

Kalau korang nak buat request untuk tutorial, tak kisah tutorial apa pun, tutorial blog ke photoshop ke, korang beritahu je aku. Korang boleh beritahu kat shoutbox aku tu, facebook aku ataupun email aku kat maizatulsharifuddin@yahoo.com  aku akan pastikan yang request korang tu aku tunaikan.percayalah.hehe.


Kalau korang malu, korang rugi, bukan aku.


BLOG



Photobucket

Monday, 14 March 2011

Dunia politik

Politik. Hari-hari kita dengar pasal benda ni. Tak pernah lekang dari mulut sape-sape. Mesti ada je yang bercerita atau merepek-meraban  pasal politik. Mak bapak korang ke, kawan-kawan korang ke, pak Karim atau mak cik Temah sebelah rumah ke atau paling2 tak pun dari mulut pembaca berita kat tv tu. Dan aku yakin, pasti, serta confident yang ada sebahagian dari korang tak minat pasal politik ni. Mesti rasa menyampah, meluat dan menyumpah-seranah bila dengar orang bercerita pasal politik. Kalau dah tak minat nak dengar, nak ambil tahu apatah lagi. Tapi, bagi aku tu semua hak masing-masing. Lantak korang lah, korang nak ambil tahu ke tak nak, tapi bagi aku politik ni lah yang mainkan hidup kita. Hidup kita berkaitan politik. Semuanya. Dari lampu yang  korang bukak bila korang bangun tidur hinggalah ubat nyamuk yang korang bakar sebelum tidur. Semuanya pasal politik. Politik di Malaysia senang je. Tebahagi kepada dua. Kerajaan dan Pembangkang. Aku? Buat masa ni biarlah ianya rahsia(chewah). Tapi, dalam blog aku ni, aku takkan hanya sebelah satu pihak seperti bloger2 politik yang lain. Di sini, aku akan tunjukkan kehebatan kedua-dua parti, kelemahan kedua-duanya, kegagahan dan keburukan kedua-duanya.Bergantung kepada korang nak tafsir mereka bagimana. Nak sokong yang mana. nak puja yang mana.Aku hanya orang tengah. 




                                                ~jangan sampai kita mati kat tengah-tengah~


Photobucket

Duduk rumah senyap-senyap

Loji nuklear Fukumi, Jepun telah meletup pada pukul 4.30pagi tadi 
Jika hari hujan, jangan berada di luar atau lindungi diri dari terkena hujan.
 Ianya hujan asid. 
Jangan biar terkena kulit.
 Kesannya boleh membakar kulit, rambut gugur dan kanser. 
Ini berlaku di seluruh negara Asia.
 Sila beritahu rakan-rakan anda dan kekal sihat dan selamat.








Photobucket

Amin & Hafiq: Malam Pertama

Seorang lelaki bernama Amin yang baru saja menjalani malam pertama

bersama isteri barunya, menceritakan tentang kemusykilannya kepada seorang sahabatnya, Mohd. Hafiq.



"Wah, gila bro! Ternyata memang benar melainkan yang benar2 sokmo," ujar Amin. "Kebiasaan yang sering

kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin."

"Maksud kau? Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Mohd. Hafiq ingin

tahu.



"Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan?."

"Ha'ah. Tapi bukan ke kau kata dah insaf dah, nak taubat selepas berkahwin?"

"Memang la. Tapi aku tersilap buat something semalam."

"Ye ke? Apa yang kau dah buat?"

"Kau tau, masa malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan

hubungan, dalam keadaan mamai, tanpa sengaja aku memberikan wang RM100 pada isteri aku."

"Wah, gila kau??!" Mohd. Hafiq terkejut BESAR.

"Bukan aku sengaja! Dah benda nak terjadi, nak buat macamana.." jawab

Amin dengan muka mencuka.

"Habis, macam mane? Wife kau marah ke?"

"Itulah masalahnya," Amin menjawab. "Dalan keadaan separuh sedar dia

menjawab, 'Terima Kasih bang, datang lagi ya'...!"








Photobucket

rain!! rain!! rain!!

when it rains I dont mind 
let me stand here all day
and every time it rains 
i'll stay strong 
i'll be fine 
carry on with my life 
i still stare at the sky 
pray for rain
all the time 

p/s~aku suka gilerz bila hujan. aku suka bau hujan tu, aku suka warna langit bila hujan dan aku suka bunyi hujan. dan yang paling aku suka bila hujan?dapat tidur!!owh yeah!tu pun kalau bapak aku tak de kat rumah hehe...Raining on earth guys!!


                                        main hujan sampai demam masuk hospital jom!!






Photobucket