~TENTANG KAMI~

My photo
Blog ini aku lahirkan khas untuk aku dan si dia,tetapi tak bermakna yang ianya akan dipenuhi dengan ceritera kami berdua sahaja. apa yang ku rasa,apa yang ku fikir, apa yg ku nyampah, di sini aku luahkan, di sini aku muntahkan, di sini aku ludahkan. andai kata korang rasa benci, menyampah, meluat, tu bukan masalah aku. Cume jadi masalahnya bila korang tak nak angkat punggung korang dari kerusi komputer korang tu.paham kan?hehe..korang dah takut ke?jangan risau.blog ni tak seserius mana.macam2 korang boleh dapat. ~milik si hetam dan si puteh.tetapi hanya si hetam je yang meracau dalam blog ni.si puteh?dy malas kot~

Monday 21 March 2011

Bernafas di sekolah (bahagian 1)

Selama seminggu, bermulai hari ini hinggalah Jumaat ini, aku akan menghabiskan sisa-sisa hidup aku di sebuah sekolah untuk melaksanakan PBS(program berdasarkan sekolah) ataupun SBE (school based experience) atau pun bahasa lamanya ROS (Rancangan Orientasi Sekolah). Kali in aku pilih sekolah lama aku.Sekolah yang telah besarkan aku. Sekolah Kebangsaan Laksamana (Integrasi). Jom. Aku nak merepek kejap. Seronok syal. hehe.

Pagi tadi, aku bangun dalam pukul 6 tu pun adik aku yang kejut.hehe. Nervous syal bangun awal2 gini. Hehe. Aku pun siap2. Mandi, sembahyang dan sarapan. Dalam pukul 6.50, aku pun dah hidupkan enjin motor superbike sebagai tanda bersiap sedia untuk merempit. Sebelum pergi, aku cium tangan mak bapak aku dulu. Huh.Lama dah aku tak merasai keadaan ni. 5 tahun dah rasanya. Yelah. Cuba bayangkan, selama 5 tahun tu aku duduk kat asrama. Kalau aku nak pergi sekolah nak cium tangan pun, aku terpaksa tibai tangan kawan aku. Aku ingat nak mintak duit sekolah kat bapak aku macam aku selalu buat kecik2 dulu, tapi…tak berani pulak. Hehe.Sekolah aku dengan rumah aku, memang dekat gila. Dalam 500meter gitu. Aku sampai sekolah tu dalam puukul 6.55. Peh! Aku rasa aku memang cemerlang! Cikgu sorang pun tak datang lagi! Kiranya akulah "cikgu" pertama yang datang. Memang aku layaklah digelar "cikgu" yang berdedikasi.hehe.Disebabkan aku rasa aku terlalu awal, aku pun duduk kat atas superbike aku di luar sekolah di bawah hujan rintik-rintik. Kesian kan kat aku?hehe. Dan kemudian dalam pukul 7.15, aku pun menapak ke dalam sekolah tu. Dan destinasi pertama aku? PEJABAT. Tak perlu nak tanya orang kat mana pejabat. Sebabnya? Aku dah tahu. berlagak tak?hehe. Aku pun kemudian di usha oleh GPK 1 sekolah tu, Puan Amnah. Peh! Memang sempoi Puan Amnah. Terima kasih ye Puan sebab memberi layanan yang baik kepada saya.hehe. Cerita punya cerita, aku pun menimbulkancerita yang aku ni bekas pelajar sekolah tu. Dari tahun 1998 hingga 2010.



Puan Amnah~So, awak kenal lah cikgu2 kat belakang2 ni?
Aku~Of coz sy kenal. hehe. Macam cikgu vumaiban, cikgu ayu, cikgu jamilah, cikgu rosnah. semua tu saya kenal.
cikgu jamilah~Saya kenal dia ni. Anak Sulaiman
cikgu ayu~Saya pernah jadi cikgu kelas dia masa dia darjah 2.
cikgu ayu~saya kenal.Arwah Budak ni dulu pemalu dan baik orangnya.
aku~*blushing* (JANGAN PERSOALKAN KALER MUKA AKU BILA AKU BLUSHING!!)
Puan Amnah~Baguslah gitu. Ada kawan2 kat sini.
aku~kawan??tu cikgu2 akulah dulu. takkan aku nak guna KAKAK-SAYA dengan dorang??(dalam hati)
aku~cikgu. kalau cikgu nak suruh saya relief kelas, beritahu saya ea cikgu. saya on je.
Puan Amnah~Ow. ye ke?awak ada pengalaman?
aku~insyallah ada cikgu. Dulu lepas SPM, saya pernah jadi guru sandaran dua bulan kat S.K Gelang Patah.
Puan amnah~owh yeah!!baguslah gitu.
aku~Bla Bla Bla Bla Bla.....
Puan Amnah~Bla Bla Bla Bla Bla.....




Lepas tu, aku pun follow cikgu2 lain pergi ke dewan untuk perhimpunan.Masa dalam dewan tu, aku dah fikir dah. Kalau aku tak diberi kerja, confirm aku akan mati kebosanan sebab takde bende nak buat. So, aku ikot apa yang akak tiri palsu aku suruh buat. Aku pun pergi jumpa dan Puan Amnah dan tanye dia sama ada kelas yang perlu aku ganti. Dan dengan muka yang penuh dengan senyuman, dia pun beri aku sehelai kertas.




Yes!!ni yang aku tunggu-tunggukan. Dua kelas yang akan aku ganti sebab cikgunya cuti bersalin. Kelas BM dan Math. Alhamdulillah. Kedua-dua kelas tu aku tak hadapi sebarang masalah. Kelas Math yang pertama tu, aku masuk kelas dan aku tulis soalan matah kat blackboard. Then, aku suruh sorang2 jawab soalan tu. Kelas BM pulak, aku bagi perkataan2 and then mereka semua kena buat ayat dari perkataan tu. Entahlah, tapi aku rasa takde masalah pun. Mungkin sebab aku dah ada pengalaman mengajar dua bulan kan.(ces!belagak neherem kau ni!!)





 Aku habis kelas dalam pukul 12.10 dan sekali lagi. AKU TAK TAHU NAK BUAT APA. Dah puas dah wei aku amek gambar. Fikir punya fikir, aku terserempak dengan cikgu Sains lama aku, Cikgu Palah Suradi. Bizi wei dia ni. Aku dengan muka yang manis seperti gula kapas pun bertanya kepada dia,"cikgu kalau ada pape yang boleh saya tolong, beritahu jelah saya". Kau tahu apa dia suruh aku buat lepas tu??Dia suruh aku follow dia. Tolong di betulkan kipas n lampu. Tolong punya tolong, dah pukul 2 petang dah. Patutnya aku balik pukul 1.hehe.Lepas je punch card, aku pun terus balik.Fuh.4 hari lagi.Tak sabar nak tunggu hari esok. Esok ada exam. Objektif aku esok, aku nak tangkap budak yang meniru.Kita sambung esok! Peace on earth students!!



Dah3!!esok sambung lagi..aku nak kena siapkan lesson plan..ngee3!!


Photobucket

8 comments:

  1. lu memang slalu kerek kan mat..mentang2 wa xde sbe..beriak riak lu ea..

    ReplyDelete
  2. nasib lu lah minah...lu yg beriye-iye nk msuk sm kn...

    ReplyDelete
  3. 1. akak tiri palsu?? haha

    2. penah jdi cikgu sandaran?? perghhh tak caya kot!

    3. kau mengajar time relief claz?? rajin nyer!!

    4. kau maintain hitam time blushing.

    5. kau pemalu?? hurmm *urut2 dagu, pandang atas

    6. Akak dtg 7.20pg, blik 12.50 tgh hri. kau?? haha semangat kot

    sekian, teriam kasih

    ReplyDelete
  4. wah,, macam best je jadi cikgu ! ;) RINDU MASA ZAMAN SEKOLAH !

    ReplyDelete
  5. wow..siap punch card agi??aku xdek pn..xrase jd cikgu btl2 agi nih..jeless..hehe

    ReplyDelete
  6. kak aisyah
    1.akak tiri ciplak
    2.percayalah kate2 gua ni
    3.sy memng sejak azali ag rajin.hehe
    4.dululah pemalu.ngee3
    5.macam sy ckap,sy ni berdedikasi kak.hehe

    ReplyDelete
  7. zana~memmng best..aq memang rindu wei..bnyak dh berubah kat skola 2...

    ReplyDelete
  8. puccanis~xmerasa punch card, merasa tulis kedatangan kat buku rekod, kire ok lah tu..hehe

    ReplyDelete